Categories
NASIONAL

Kerajaan patut kaji semula hubungan dagang US menaja keganasan rejim Zionis

Oleh: SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 6 OGOS : Kerajaan Malaysia patut mengkaji semula perjanjian perdagangan bebas dengan Amerika Syarikat, yang merupakan penaja utama keganasan rejim Zionis Israel.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, perkara ini perlu diambil kira, sebelum perjanjian seperti Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) ditandatangani.

Smoke and fire from an Israeli bomb rises into the air ove Gaza CityBeliau berkata, kerajaan perlu mendedahkan syarikat yang mempunyai hubungan perniagaan dengan Israel, dan mengenakan sekatan ke atas perniagaan bersama Israel.

“Kerajaan perlu mengambil contoh daripada Kerajaan Chile, yang menggantung Perjanjian Perdagangan Bebas mereka, sebagai bantahan ke atas keganasan Israel.

“Selain daripada Chile, kerajaan Bolivia juga secara rasmi telah melabel Israel sebagai “Negara Pengganas”, berikutan jenayah perang yang dilakukan ke atas Gaza.

“Tindakan sebegini jelas menunjukkan solidariti bersama warga Palestine, di atas nama kemanusiaan harus dicontohi oleh negara-negara lain bertamadun,” kata Nurul Izzah dalam kenyataan media.

Menurut laman web Biro Statistik Israel, pada 2011, Malaysia mengeksport hasil sawit, kelapa dan lain-lain minyak sayuran bernilai kira-kira USD$19.41 juta, hasil koko bernilai USD$8.67 juta dan hasil getah bernilai USD$11.54 juta.

“Kerajaan perlu memberi penjelasan, adakah hasil bumi Malaysia dieksport kepada Israel dan syarikat mana yang turut terlibat mengeksport ke negara Zionis tersebut,” kata Nurul Izzah.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.