Categories
SELANGOR

Azhar Idrus pilih UNISEL

Oleh AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 25 SEPT: Pendakwah popular, Azhar Idrus memilih Universiti Selangor (UNISEL) sebagai institusi melanjutkan pengajian anaknya kerana yakin dengan mutu pembelajaran dan pengajan yang disediakan.

Unisel-GrafikAzhar berkata beliau tidak ragu-ragu membenarkan anak lelakinya melanjutkan pengajian di institut pengajian milik kerajaan Selangor itu diatas reputasi Unisel yang semakin kukuh.

“Senarai program yang ada di Unisel sememangnya bagus lagipun kita perlu menyokong kerajaan negeri.

“Unisel bukan sekadar institut pengajian tinggi swasta yang biasa tetapi sebuah universiti yang besar daripada segi kemudahan fasiliti dan sebagainya,” katanya ketika ditemui.

Kehadiran Azhar di Kampus Shah Alam ketika mendaftarkan anaknya yang mengikuti program tahun asas perakaunan menarik tumpuan para siswa yang berpusu-pusu mahu bersapa dan bergambar.

Sebelum ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata Unisel berpotensi untuk tersenarai dalam pemerintakatan (ranking) universiti terbaik dunia sekiranya diberi dorongan berterusan, dan komitmen kepada kebebasan akademik.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.