Categories
SELANGOR

Azhar Idrus pilih UNISEL

Oleh AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 25 SEPT: Pendakwah popular, Azhar Idrus memilih Universiti Selangor (UNISEL) sebagai institusi melanjutkan pengajian anaknya kerana yakin dengan mutu pembelajaran dan pengajan yang disediakan.

Unisel-GrafikAzhar berkata beliau tidak ragu-ragu membenarkan anak lelakinya melanjutkan pengajian di institut pengajian milik kerajaan Selangor itu diatas reputasi Unisel yang semakin kukuh.

“Senarai program yang ada di Unisel sememangnya bagus lagipun kita perlu menyokong kerajaan negeri.

“Unisel bukan sekadar institut pengajian tinggi swasta yang biasa tetapi sebuah universiti yang besar daripada segi kemudahan fasiliti dan sebagainya,” katanya ketika ditemui.

Kehadiran Azhar di Kampus Shah Alam ketika mendaftarkan anaknya yang mengikuti program tahun asas perakaunan menarik tumpuan para siswa yang berpusu-pusu mahu bersapa dan bergambar.

Sebelum ini, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata Unisel berpotensi untuk tersenarai dalam pemerintakatan (ranking) universiti terbaik dunia sekiranya diberi dorongan berterusan, dan komitmen kepada kebebasan akademik.

HM

Categories
NASIONAL

Ustaz Azhar Idrus: BR1M sahaja tidak cukup, Kerajaan wajib salur lebih banyak

SHAH ALAM 1 MAC: Kerajaan Pusat patut memberikan lebih keselesaan kepada rakyat yang memerlukan dan tidak tertumpu kepada pemberian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) semata-mata.

Penceramah Terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan pemberian BR1M yang diberikan Kerajaan Pusat tidak setimpal dengan apa yang sepatutnya diterima.

gambar-Ustaz-Azhar“Harta kekayaan Malaysia mesti dapat sama rata. Ia jadi kewajipan kerajaan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia, bukan hanya beri BR1M semata-mata.

“Kita (rakyat) dikenakan pelbagai jenis bayaran seperti cukai jalan, cukai kereta, beribu-ribu rakyat bayar, tetapi kerajaan bagi balik kira-kira RM600 sahaja. Betul ke cara macam itu?” katanya dipetik Sinar Harian.

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata penerima BR1M patut menerima jumlah itu seperti yang dijanjikan di bawah Manifesto PRU13 BN, dan bukannya dikurangkan kepada RM650.

one off copy BRIMRakyat wajar menerima BR1M berjumlah RM1,200 sekiranya Malaysia Airlines (MAS) tidak mengalami kerugian besar berjumlah RM4.1 bilion dalam tempoh 3 tahun yang lalu.

Kerajaan Umno-BN gagal menepati Aku Janji yang dibuatnya sendiri sebelum Pilihan Raya Umumke-13 untuk menaikan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2014 kepada RM1,200 apabila hanya mengumumkan pemberian sebanyak RM650 setahun.

Pada Februari 2013 – sebelum pilihan raya umum ke-13 – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor berkata bantuan itu boleh ditambah kepada RM1,000 jika BN berjaya mempertahankan Putrajaya.

Antara aku janji BN yang diumumkan sebelum PRU-13 adalah menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 bagi orang bujang setiap tahun bagi lima tahun akan datang.

EZY

Categories
SELANGOR

Contohi pendekatan Ustaz Azhar Idrus tarik generasi muda dekati Islam

Oleh : Lizawati Madfa

SHAH ALAM 16 DIS : Para pendakwah disarankan untuk mengikuti strategi penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus untuk menarik minat anak-anak muda supaya mendekati ajaran Islam dan mempraktikkannya dalam kehidupan.

4 (5)Exco Hal Ehwal Islam,Sallehen Mukhyi, berkata pendekatan Ustaz Azhar wajar dijadikan contoh kerana penceramah itu bijak mengatur strategi seiring dengan kemahuan dan selera anak-anak muda, namun masih berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan Sunnah.

Katanya, dalam dunia serba mencabar pada hari ini, kreativiti dalam menjalankan usaha berdakwah juga perlu agar segala mesej penting dapat disampaikan dengan cara yang berkesan.

2s“Ada yang tanya Ustaz Azhar, boleh atau tidak saya bawa ‘awek’ saya naik motor, Ustaz (Azhar) jawab boleh, tetapi ayah ‘awek’ awak kena duduk di tengah-tengah.

“Ini strategi Ustaz (Azhar) sebab dia tahu bahawa anak muda tidak mahu mendengar perkataan ‘tidak boleh’, maka dia bagi jawapan yang anak muda hendak dengar tetapi diselitkan syarat di sebalik ‘boleh’ itu,” kata Sallehen.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian program Simposium Pendakwah Muslimah yang diadakan di Dewan Auditorium Jubli Perak di SUK pagi tadi.

5 (2)Selain itu, Sallehen turut menggesa agar para pendakwah memanfaatkan kecanggihan teknologi dan aplikasi terkini untuk menyampaikan maklumat atau ilmu dakwah dengan lebih menyeluruh dan meluas.

“Kita kena pandai posisikan diri dan jangan biar diri kita tertinggal dengan arus kemodenan teknologi yang saban hari muncul kerana kita tidak boleh tahan kecanggihan maklumat ini dari terus berkembang.

“Maka, lebih banyak unsur negatif yang boleh tersebar, lebih banyak juga usaha kita perlu lakukan untuk membendung perkara ini,” kata Sallehen.

-EZY

JURNAL BERITA: Penstrukturan industri air bakal dimuktamad – MB

1- Selangor optimis selesai penstrukturan industri air

2- MB jamin proses baiki jalan tidak lambat, amal tender terbuka

3- MB Selangor sedia bincang isu kenaikan gaji

4- Sultan Selangor : Sabtu dan Ahad kekal cuti mingguan

5- Azhar Idrus-Shiro, Haslin Bahrim-Sepahtu berganding sambutan tahun baru 2014

6- 4,654 permohonan milikan tanah selesai di Hulu Langat

7- Pengusaha pelancongan diminta tingkat keselamatan

8- Khir Toyo minta maaf pada Teresa Kok

9- Masyarakat diseru amal kitar semula

10- MPSJ serbu ‘Disco Techno’ haram

Categories
SELANGOR

Azhar Idrus-Shiro, Haslin Bahrim-Sepahtu berganding sambutan tahun baru 2014

OLEH : NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM 10 DIS: Ustaz Azhar Idrus – Shiro dan Ustaz Haslin Bahrim – Sepahtu merupakan antara gandingan tokoh agama dan kumpulan pelawak popular yang bakal mewarnai program ambang tahun baru 2014 Negeri Selangor.

gambar-Ustaz-AzharDua gandingan terbabit akan ditampilkan dalam segmen Sembang Santai dalam Program Generasi Idaman Selangor (GEMS) Sempena Ambang Tahun Baru 2014 yang diadakan pada 31 Disember di Dataran Kemerdekaan Shah Alam nanti.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata berbeza dari program sambutan tahun baru dikebanyakkan negeri, GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 itu turut memfokuskan Kempen Anti Zina bagi membendung gejala zina di kalangan generasi masa kini.

“Ini adalah satu program yang melibatkan jabatan dan agensi kerajaan di bawah GEMS di mana kita akan menganjurkan program alternatif dari kelaziman sambutan tahun baru yang sering diisikan dengan program yang melalaikan dan akhirnya remaja belia kita hari ini kerana keseronokkan yang melampau, mereka boleh terjebak dalam gejala sosial seperti berzina, mabuk dan sebagainya.

IMG_8025“Sembilan bulan selepas itu dah ada anak luar nikah, ada yang buang anak, jual anak dan sebagainya. Jadi kita lihat ini adalah satu program mendidik generasi muda iaitu boleh berseronok, bergembira tetapi dengan cara yang ada pengisian sekaligus mengelakkan mereka dari terjebak dengan dosa,” kata Dr Halimah ketika ditemui Selangor Kini di pejabat beliau di Bangunan Setiusaha Kerajaan Negeri semalam.

Sebelum itu Dr Halimah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program GEMS Sempena Ambang Tahun Baru 2014 di Bilik Mesyuarat Kekwa Seksyen Sektoral, UPEN bagi menyelaras persediaan program sempena yang akan bermula seawal jam 5.00 petang itu.

Turut memeriahkan program itu nanti, penyanyi cilik dari Indonesia, Tegar; pengacara, David Teoh, pelawak, Sathiya dan pelakon, Diana Amir.

Program GEMS Sempena Tahun Baru 2014 dengan konsep yang menekankan pengisian bercorak pendidikan ini merupakan kali ketiga diadakan sejak 2011.

Program sebelum ini mendapat sambutan memberangsangkan sehingga mencecah hampir 100,000 hadirin dan manakala tayangan di laman sosial, you tube pula mencecah jumlah penonton melebihi satu juta pengunjung.

-EZY