Categories
SELANGOR

DAP sokong Azmin MB baru, harap krisis politik berakhir

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 23 SEPT: Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) memutuskan untuk menyokong Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Menteri Besar yang baru.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata CEC juga mengarahkan kesemua 15 Adun Dap yang menyokong Adun Kajang sebelum ini untuk menyokong Azmin sebagai Menteri Besar.

Grafik-Selangor-Pakatan“CEC dalam mesyuarat tergemparnya juga memutuskan untuk menyokong kenyataan yang dibuat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menarik diri daripada jawatan itu berikutan titah DYMM Sultan Selangor yang perkenan melantik Azmin.

“CEC juga memutuskan untuk menyokong cadangan Azizah yang mengesyorkan Azmin memegang jawatan itu, selari dengan pendirian CEC yang jelas dan konsisten bahawa calon Menteri Besar mestilah daripada PKR,” katanya dalam kenyataan.

Lim berharap penyelesaian krisis politik Selangor dan perlantikan Menteri Besar yang baru akan dapat menepati janji bagi membina Selangor dengan lebih baik.

“Ia juga diharap dapat memberikan keadilan, kebebasan dan kemakmuran ekonomi kepada semua,” katanya.

DYMM Sultan Selangor telah berkenan melantik Timbalan presiden PKR Azmin Ali sebagai menteri besar yang baru ke 15, berkuatkuasa hari ini.

Azmin akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tamat perkhidmatan sebagai menteri besar semalam.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.