Categories
NASIONAL

Mahkamah Persekutuan tolak saman Felda RM200 juta

SHAH ALAM 4 SEPT: Mahkamah Persekutuan hari ini mengenepikan saman RM200 juta yang dikemukakan Felda terhadap Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Keputusan itu sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini.

felda-grafik“Mahkamah Persekutuan pagi ini telah membuat penghakiman dalam kes saman RM200 juta Felda terhadap saya. Penghakiman itu menegakkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi bahawa saya tidak bersalah.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bersama menyokong saya di dalam proses perbicaraan kes ini, dari mula hingga ke penghujung,” katanya dalam kenyataan media.

Pada 16 Ogos 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman fitnah yang dikemukakan Felda kepada Dr Tan, dan mengarahkan Felda membayar kos RM70,000 kepada beliau.

25 Januari 2011, Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd memfailkan saman berkenaan artikel akhbar Suara Keadilan bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 Juta Hanya Libatkan Tiga Individu’, yang didakwa kononnya memfitnah Felda.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.