Categories
NASIONAL

PKR kecam rampas Suara Keadilan, tindakan zalim

KUALA LUMPUR 16 SEPT: PKR mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang melakukan rampasan lebih 300 naskhah akhbar Suara Keadilan.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, berkata tindakan zalim ini membuktikan Kerajaan Umno-BN takut dengan perkembangan semasa berlaku sehingga menyekat maklumat sampai kepada rakyat.

SK rampas“KEADILAN mengecam tindakan KDN ini yang mengekang kebebasan bersuara, satu hak asasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

“KEADILAN turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang masih bersifat kuku besi dan tidak demokratik,” katanya.

Selain itu katanya, Najib Razak harus menunjukkan kesungguhan politik sebagai seorang ‘demokrat moderat’ dan memansuhkan akta (Mesin Cetak dan Penerbitan) ini segera.

“KEADILAN menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menjelaskan status permohonan permit Suara Keadilan yang telah dihantar sejak setahun lalu,” katanya dalam kenyataan media.

10 September lalu, lebih 300 naskah akhbar Suara Keadilan Bil 189 dirampas oleh KDN di Kedah.

Antara lokasi rampasan adalah sekitar Alor Setar, Kuala Kedah, Jitra, Pendang dan Kepala Batas. Malah rampasan turut dilakukan terhadap naskah Suara Keadilan Bil 188 di sekitar Kepala Batas dan Jitra.

Leave a Reply

Your email address will not be published.