Categories
SELANGOR

Kempen Zakat Di Hati sebar info terkini kutipan LZS

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 OKT: Lembaga Zakat Selangor (LZS) melancarkan kempen ‘Zakat Di Hati’ yang bertemakan Tanggungjawab Direalisasi bagi mendekatkan dan membudaya ibadah zakat dalam kehidupan masyarakat Islam.

Penganjuran kempen kali ketiga itu dilihat dapat dijadikan medium menyebarkan informasi berkenaan kutipan dan agihan kepada masyarakat.

Kempen itu akan berlangsung bermula 15 Oktober hingga 15 November ini dengan menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk masyarakat Islam negeri.

Zakat Selangor Sumbang Laptop pada Anak Yatim 07Pelancaran kempen itu disempurnakan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa yang bertempat di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz, di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS, Mohd Basori Omar.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan aktiviti kutipan dan agihan zakat sepanjang kempen berlangsung, boleh melayari laman sesawang LZS di http:www.e-zakat.com.my/zakatdihati atau menghubungi talian Zakat Selangor di 1-800-88-5353 atau facebook/LembagaZakatSelangor.MAIS.

Selain itu, orang ramai boleh menyertai peraduan ‘Selfie’ Zakat di Hati dengan mengikuti instagram LZS dan membuat naik gambar ‘selfie’ yang mempunyai nilai kreativiti keprihatinan ibadah zakat bagi menyemarakkan lagi kempen.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama LZS dan Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) mengadakan pogram wacana Umar Abdul Aziz membabitkan 1,000 peserta terdiri daripada pemegang tauliah JAIS, ketua jabatan negeri dan persekutuan, penolong amil institusi pengajian tinggi serta badan bukan kerajaan.

Wacana itu memberi pendedahan berkenaaan kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai pemimpin yang disegani dan kredibilitinya membangunkan institusi Baitulmal.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.