Categories
SELANGOR

Keprihatian Kerajaan Negeri kurangkan beban peniaga Uptown Seksyen 24

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 29 OKT: Walaupun nilai RM500 tidak seberapa, tetapi keprihatinan Kerajaan Negeri sedaya upaya membantu memberi nilai besar di hati peniaga Uptown Seksyen 24, di sini.

Peniaga, Azizul Hakim Samuri, 30, yang menerima bantuan khas dari Kerajaan Negeri selepas perniagaan pakaian yang diusahakannya sejak 2005 musnah dalam satu kejadian kebakaran, pada 15 Oktober lalu.

AZIZUL HAKIM SAMURI 30 KEDAI PAKAIAN“Saya bersyukur dan berterima kasih di atas bantuan ini, sekurang-kurangnya ia boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan harian sementara menanti tapak yang dijanjikan untuk saya kembali berniaga,” katanya.

Dalam kejadian kebakaran itu, Azizul menanggung kerugian hampir RM200,000 selepas lot kedai dan semua barangan perniagaannya gagal diselamatkan.

Beliau antara 153 peniaga Uptown Shah Alam yang menerima bantuan kewangan bencana RM500 dari Kerajaan Negeri melalui Majlis Penyerahan Bantuan Khas kepada mangsa kebakaran di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, semalam.

Pada majlis itu, Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan lebih RM1 juta membabitkan bantuan kewangan bencana RM76,500 dan pinjaman kewangan Skim Miktokredit Bandar (MiMBAR) RM930,000.

MOHD ZAMRI IDRIS 42 KEDAI PAKAIANBagi, Mohd Zamri Idris, 42, tawaran pinjaman kewangan maksimum tanpa faedah MIMBAR berjumlah RM5,000 seorang itu membantu memulihkan semangat peniaga untuk kembali memulakan perniagaan.

“Semangat kami kembali pulih selepas jatuh terduduk melihat kedai kami musnah dijilat api. Dengan bantuan ini, dapatlah kami memulakan perniagaan di tapak baru nanti,” katanya yang kerugian lebih RM300,000.

Sementara itu, Naib Pegerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Uptown Shah Alam (PPPUT) Mohd Yusuf Sairan, 52, berharap tapak sementara itu dibina dengan perancangan yang rapi merangkumi semua aspek.

MOHD YUSOF SAIREN 52 NAIB P.PERSATUAN PEMILIK UPTOWN SHAH ALAM“Ini perlu, kerana kami terpaksa berniaga di tapak itu dalam tempoh yang agak panjang sementara menanti projek baik pulih uptown siap sepenuhnya.

“Selain susun atur lot kedai dan kemudahan awam, soal pakir juga perlu difikirkan kerana ia akan dibina di atas kawasan berkenaan dan sudah tentu petak akan berkurangan,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.