Categories
SELANGOR

Keprihatian Kerajaan Negeri kurangkan beban peniaga Uptown Seksyen 24

Oleh: NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 29 OKT: Walaupun nilai RM500 tidak seberapa, tetapi keprihatinan Kerajaan Negeri sedaya upaya membantu memberi nilai besar di hati peniaga Uptown Seksyen 24, di sini.

Peniaga, Azizul Hakim Samuri, 30, yang menerima bantuan khas dari Kerajaan Negeri selepas perniagaan pakaian yang diusahakannya sejak 2005 musnah dalam satu kejadian kebakaran, pada 15 Oktober lalu.

AZIZUL HAKIM SAMURI 30 KEDAI PAKAIAN“Saya bersyukur dan berterima kasih di atas bantuan ini, sekurang-kurangnya ia boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan harian sementara menanti tapak yang dijanjikan untuk saya kembali berniaga,” katanya.

Dalam kejadian kebakaran itu, Azizul menanggung kerugian hampir RM200,000 selepas lot kedai dan semua barangan perniagaannya gagal diselamatkan.

Beliau antara 153 peniaga Uptown Shah Alam yang menerima bantuan kewangan bencana RM500 dari Kerajaan Negeri melalui Majlis Penyerahan Bantuan Khas kepada mangsa kebakaran di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), di sini, semalam.

Pada majlis itu, Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan lebih RM1 juta membabitkan bantuan kewangan bencana RM76,500 dan pinjaman kewangan Skim Miktokredit Bandar (MiMBAR) RM930,000.

MOHD ZAMRI IDRIS 42 KEDAI PAKAIANBagi, Mohd Zamri Idris, 42, tawaran pinjaman kewangan maksimum tanpa faedah MIMBAR berjumlah RM5,000 seorang itu membantu memulihkan semangat peniaga untuk kembali memulakan perniagaan.

“Semangat kami kembali pulih selepas jatuh terduduk melihat kedai kami musnah dijilat api. Dengan bantuan ini, dapatlah kami memulakan perniagaan di tapak baru nanti,” katanya yang kerugian lebih RM300,000.

Sementara itu, Naib Pegerusi Persatuan Peniaga-Peniaga Uptown Shah Alam (PPPUT) Mohd Yusuf Sairan, 52, berharap tapak sementara itu dibina dengan perancangan yang rapi merangkumi semua aspek.

MOHD YUSOF SAIREN 52 NAIB P.PERSATUAN PEMILIK UPTOWN SHAH ALAM“Ini perlu, kerana kami terpaksa berniaga di tapak itu dalam tempoh yang agak panjang sementara menanti projek baik pulih uptown siap sepenuhnya.

“Selain susun atur lot kedai dan kemudahan awam, soal pakir juga perlu difikirkan kerana ia akan dibina di atas kawasan berkenaan dan sudah tentu petak akan berkurangan,” katanya.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Peniaga trauma gerai musnah sekelip mata

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 OKT: Peniaga Uptown Seksyen 24, di sini, masih trauma dan terkejut dengan kejadian yang berlaku selain tidak menyangka perniagaan mereka musnah sekelip mata dijilat api, awal pagi tadi.

Ada di antara peniaga yang ditemui Selangor Kini redha dengan kejadian yang berlalu dan sudah memulakan perniagaan di Kompleks Muhibbah itu, sejak lapan tahun lalu.

Namun, dengan bantuan pinjaman kewangan maksimum tanpa faedah Skim Miktokredit Miskin Bandar (MIMBAR) berjumlah RM5,000 seorang tanpa sebarang birokrasi serta sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) RM500 sedikit sebanyak meringankan beban mereka untuk meneruskan perniagaan.

IMG_4095Hasan Nuruddin, 46, berkata, ketika kejadian beliau kebetulan berada di hadapan kompleks perniagaan dan bergegas ke arah belakang Blok B bagi membantu peniaga lain.

“Kira-kira jam 2.30 pagi ada kedai terbakar, saya berada di hadapan terus berlari ke belakang untuk membantu kawan memadam api.

“Tetapi tidak boleh padam guna alat pemadam api. Bila bomba datang api dah besar. Ketika itu tekanan air kurang, maka menyukarkan tugas bomba,” katanya.

Beliau mengakui kejadian kebakaran yang berlaku terlalu pantas membuatkannya panik, sekali gus memusnahkan empat lot kedai miliknya yang menjalankan perniagaan pakaian wanita dan jam.

Bagi Sharizul Saad, 29, pula beliau hanya sempat menyelamatkan separuh barang perniagaan aksesori perak 925 miliknya sejurus kebakaran itu.

Ketika kejadian berlaku, isterinya sudah pulang ke rumah kira-kira jam 2.00 pagi dan beliau hanya dimaklumkan berkenaan kebakaran itu sekitar jam 3.00 pagi.

“Masa kejadian berlaku isteri saya sudah balik rumah. Kira-kira jam 3.00 pagi dapat panggilan dan mulanya menjangkakan terputus bekalan eletrik.

“Isteri saya sampai pada jam 3.30 pagi dan berjaya selamatkan separuh barangan aksesori perak 925.

_MG_8735“Kita tengok dahulu sebab tidak boleh agak berapa banyak jumlah peruntukan yang dapat,” katanya yang menganggarkan kos kerugian berjumlah RM20,000.

Sementara bagi Mohd Azizi Ismail, 37, faktor angin yang kuat dilihat menjadi punca api marak dengan cepat sehingga mengakibatkan Blok B Kompleks Muhibbah itu hangus dijilat api.

Beliau yang menjalankan perniagaan pakaian lega apabila bomba berjaya mengawal kebaran daripada merebak ke Blok A.

Katanya, ketika kejadian semua peniaga bertungkus lumus menyelamatkan barang perniagaan mereka lalu dilonggokkan di tepi jalan.

-NFN-

Kerajaan Negeri salur RM1 juta bantu peniaga Uptown Seksyen 24

Kerajaan Selangor menyalurkan bantuan awal berjumlah hampir RM1 juta bagi membantu peniaga yang terbabit dalam kejadian kebakaran di Uptown Seksyen 24, Shah Alam, awal pagi tadi.

Categories
SELANGOR

Kawasan sementara bantu peniaga Uptown Seksyen 24

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 15 OKT: Kerajaan Selangor menyalurkan bantuan awal berjumlah hampir RM1 juta bagi membantu peniaga yang gerainya musnah dalam kebakaran di Uptown Seksyen 24, Shah Alam, awal pagi tadi.

Bentuk bantuan yang diberikan adalah pinjaman kewangan maksimum tanpa faedah Skim Miktokredit Miskin Bandar (MIMBAR) berjumlah RM5,000 seorang tanpa sebarang birokrasi.

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku pemilik tanah Kompleks Muhibbah pula akan memberi bantuan kewangan bencana secara tunai melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) berjumlah RM500 kepada setiap peniaga terbabit.

_MG_9119Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang turun melawat lokasi kebakaran bagi melihat sendiri kawasan kejadian yang menjadi tumpuan peniaga di Shah Alam.

Mohamed Azmin berkata, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menggunakan sebidang tanah seluas 6.5 ekar di sebelah kawasan kejadian untuk dijadikan kawasan perniagaan sementara bagi peniaga peneruskan perniagaan mereka untuk sementara waktu.

Kerja-penurapan akan dilaksana segera selain membina lot kedai sementara untuk peniaga meneruskan perniagaan dalam kadar segera, selain kemudahan termasuk khemah dan tandas awam.

“Kita bersetuju supaya peniaga meneruskan perniagaan serta merta kerana ini punca pendapatan mereka. Datuk Bandar sudah mengenalpasti tapak seluas 6.5 ekar di sebelah kawasan ini yang diperuntukkan untuk Kompleks Ibu Tunggal.

_MG_8873“Tetapi kita bersetuju pagi tadi, Kerajaan Negeri akan turap keseluruhan kawasan dan akan menyediakan khemah sementara untuk peniaga terbabit supaya mereka berpindah dan memulakan perniagaan dalam masa terdekat,” katanya.

Sebelum itu, Mohamed Azmin yang tiba pada jam 12.30 tengah hari ditemani Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari melawat sendiri kawasan kejadian yang mengakibatkan 187 lot kedai musnah dijilat api.

Beliau turut diiringi Datuk bandar Shah Alam, Mohd Jaafar Mohd Atan yang memberikan maklumat berkenan perkembangan kejadian kebakaran.

Untuk jangka panjang, Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri dan PKNS akan membangunkan semula kawasan itu dengan mengambil kira soal keselamatan, pengurusan serta kemudahan termasuk kawasan letak kereta pengunjung.

MBSA juga dijangka membentangkan kertas kerja untuk membangunkan kawasan itu minggu hadapan dan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Exco.

_MG_8902Dalam satu kejadian kebakaran awal pagi tadi di Uptown Seksyen 24, di sini mengakibatkan 196 peniaga berputih mata kerana tidak sempat menyelamatkan barang perniagaan mereka.

Anggota Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang menerima panggilan kecemasan pada jam 2.55 pagi bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan api.

Jurucakap bomba berkata, api berjaya dipadamkan sekitar jam 5.30 pagi dan dianggarkan kos kerugian berjumlah RM19.36 juta

-NFN-