Categories
SELANGOR

MB: Permohonan penduduk Pulau Ketam peroleh Lesen Menduduki Sementara dipertimbang

Oleh: HAFIZAN TAIB

PULAU KETAM 17 OKT: Kerajaan Negeri akan mempertimbangkan permohonan penduduk Pulau Ketam untuk memperoleh Lesen Menduduki Sementara (LMS) kerana mereka sudah mendiami pulau itu dalam tempoh lama.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan sewajarnya akan dibuat berhubung perkara itu demi kebaikan penduduk pulau berkenaan.

10650036_1002340526449053_4270202697234905816_n“Kita akan kaji perkara ini kerana penduduk hampir 1,200 orang sudah mendiami pulau ini hampir 100 tahun

“Mereka kemukakan permohonan untuk dapatkan LMS, kita akan pertimbangkan,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke pulau itu hari ini.

Azmin berkata, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Worldwide Holding Berhad (Worldwide) turut dipertanggungjawabkan menguruskan masalah pencemaran sampah di situ.

Ini kerana, katanya, apabila ia di atasi maka industri pelancongan dapat ditingkatkan berikutan kehadiran pelancong yang ramai pada hujung minggu.

“Kita juga mengkaji permohonan penduduk mengenai LMS untuk aktiviti kolam ikan sangkar. Ia berpandukan garis panduan baharu serta Jabatan Perikanan Negeri dan Pejabat Tanah dan Daerah.

“Masalah jeti Pulau Ketam juga akan diberi perhatian kerana kedudukannya yang tidak lagi mampu menampung ramai pengunjung ke sini. Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat akan melihat keperluan ini,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.