Categories
SELANGOR

MBPJ: Sistem jalan sehala dilaksana Ahad

Oleh: HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA, 9 OKT: Majlis Bandraya Petaling Jaya (MBPJ) akan melaksanakan sistem jalan sehala di beberapa laluan utama di bandaraya itu bermula Ahad ini.

Antara laluan berkaitan ialah Jalan Utara, Jalan Timur, Jalan Sultan, Jalan Barat dan Jalan Yong Shook Lin.

Jurucakap MBPJ berkata, berikutan itu beberapa laluan bas telah dikenalpasti akan mengalami perubahan semasa bermulanya pelaksanaan sistem berkenaan.

Katanya, laluan terbabit ialah laluan arah Shah Alam dan Kuala Lumpur di lokasi perhentian bas di jejambat Lebuhraya Persekutuan – Jalan Barat berhampiran Bangunan PJ 8 dan jejambat Lebuhraya Persekutuan – Jalan Utara berhampiran Hotel Armada.

mbpj

“Kedua-dua laluan ke perhentian perteduhan bas ini akan mengalami perubahan iaitu dari arah Shah Alam perlu melalui Jalan Timur ke Jalan Sultan ke Jalan Barat dan susur kiri ke Lebuhraya Persekutuan.

“Manakala dari arah Kuala Lumpur pula susur keluar ke Jalan Utara menuju ke perhentian perteduhan bas Jalan Utara berhampiran dengan Stesen LRT Asia Jaya,” katanya.

Bagi kemudahan pejalan kaki, katanya, keselamatan pengguna tetap diutamakan dengan beberapa lokasi lintasan dan jejantas untuk kegunaan mereka tersedi akan digunakan semasa pelaksanaan percubaan sistem jalan sehala.

“Majlis juga akan menyediakan tambahan lintasan pejalan kaki di dua lokasi masing-masing satu di Jalan Utara berhampiran Stesen LRT Asia Jaya dan di Jalan Sultan berhampiran Kompleks C.

“Pengguna jalan raya diingatkan supaya mematuhi semua pandu arah bagi melancarkan aliran lalu lintas semasa sesi percubaan ini,” katanya.

Untuk keterangan lanjut, pengguna boleh menghubungi Jabatan Kejuruteraan di talian 03-79584225 / 7684224 sambungan 103 atau layari laman web rasmi MBPJ – www.mbpj.gov.my

Sila klik link untuk peta laluan dan arus lalulintas baharu: Mbpj

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.