Categories
SELANGOR

MBSA lulus belanjawan RM461 juta

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 9 OKT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini meluluskan Bajet 2015 dengan peruntukan berjumlah RM 461 juta.

Datuk Bandarnya, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan menyifatkan bajet kali ini sebagai peruntukan paling berani pernah dikeluarkan pihak MBSA.

Katanya, sejumlah RM 353.6 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus sementara RM 106.8 juta untuk perbelanjaan pembangunan.

“Saya sangat puas hati dengan bajet kali ini, paling baik bagi saya dan kami di MBSA juga adakan perbincangan lebih 10 kali bagi menyiapkan bajet 2015.

“Dalam bajet kali ini kita juga beri tumpuan kepada pembangunan insfrasturuktur dan menambah aset MBSA,” kata Jaafar dalam sidang media hari ini.

Terdahulu, beliau membentangkan bajet MBSA 2015 di hadapan ahli-ahli majlis di Dewan Perbandaran Wisma MBSA pagi tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata anggaran hasil pada tahun hadapan dijangka bertambah sebanyak RM 109.9 juta berbanding tahun lepas.

“Kita jangkakan menerima hasil bukan cukai RM 177, 950, 710, hasil cukai RM 260, 393, 400 dan terimaan bukan hasil RM 22, 192, 410.

“Daripada kutipan ini, kita menyediakan belanjawan dan seterusnya mengekalkan belanjawan berimbang sekali lagi pada tahun ini,” katanya lagi.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.