Categories
NASIONAL

Nurul Izzah: BN kecualikan GST udang kara untungkan syarikat kroni

Oleh: NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Langkah kerajaan mengecualikan ‘lobster’ atau udang kara daripada dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak membantu rakyat kebanyakan.

Ini berikutan udang kara merupakan sejenis hidangan makanan laut yang dianggap mewah yang lazimnya hanya terdapat di hotel berprestij sahaja.

Nurul-IzzahAhli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, pengecualian udang kara itu hanya menguntungkan golongan menengah dan kroni Barisan Nasional (BN) yang terlibat dengan perniagaan itu.

“Kononnya BN kerajaan paling baik di dunia. Rakyat seolah-olah kena berterima kasih kepada kerajaan kerana begitu bijak laksanakan GST yang ‘tak akan menekan’ rakyat tetapi bila saya lihat senarai barangan yang tak dikenakan GST, saya terkejut mendapati lobster dikecualikan dikenakan GST.

“Bila diteliti semula, lobster ini memang mahal dan makanan orang mewah,” kata Nurul Izzah.

udang karaBeliau berkata demikian ketika menjadi panelis forum Bicara Harakah yang bertajuk ‘Bajet 2015 – Di Mana Pincangnya’ di Galeri My Harakah Bazaar, Jalan Pahang di sini, hari ini.

Jelas beliau ini membuktikan kerajaan BN masih lagi meneruskan tradisi mereka mengutamakan kroni mereka termasuk dalam merangka pelan perlaksanaan GST ini.

Justeru itu Nurul Izzah berharap orang ramai lebih peka terhadap maklumat berhubung GST ini supaya tidak mudah tertipu dengan propaganda kerajaan BN.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.