Categories
SELANGOR

Pejabat DUN Bukit Gasing belanja RM6,500 sebulan atasi masalah iklan haram

Oleh: NAZLI IBRAHIM

PETALING JAYA, 21 OKT: Iklan haram yang mudah ditemui di merata tempat bukan sahaja mencemarkan pemandangan, malah keadaan itu turut menyusahkan dan membahayakan pengguna jalan raya kerana iklan haram turut ditampal di papan tanda jalan.

Justeru itu, Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing semalam mengambil inisiatif membuang iklan-iklan haram itu secara berterusan dalam jangka masa tiga bulan.

ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran berkata sebuah syarikat kontraktor telah dilantik bagi menjalankan usaha pembersihan iklan haram di seluruh Bukit Gasing dengan peruntukan sebanyak RM6,500 sebulan.

Rajiv a“Masalah ini bukan di Petaling Jaya sahaja tetapi di mana-mana sahaja. Pembersihan iklan haram dalam masa sehari tidak mencukupi tetapi memerlukan usaha berterusan kerana dalam percubaan selama dua jam sahaja semalam kita menanggalkan kira-kira 200 iklan haram tetapi masih banyak lagi yang perlu ditanggalkan di merata tempat.

“Buat permulaan kerja pembersihan iklan haram ini dijalankan dalam masa tiga bulan dahulu dan saya harap dalam tempoh ini pengiklan haram ini bosan dan seterusnya berhenti menampal iklan baru kerana iklan mereka diturunkan setiap kali mereka naikan iklan baru.

“Sekiranya dalam masa tiga bulan mereka masih tidak berputus asa menggantung iklan-iklan baru, saya akan mengkaji agar usaha ini dilanjutkan kepada tiga bulan lagi atau pun setahun,” kata Rajiv kepada wartawan ketika meninjau kerja pembersihan iklan haram yang dijalankan kontraktor terbabit.

Jelas beliau, kerja pembersihan dimulakan dengan memberi fokus kepada jalan utama seperti Jalan Univerisiti, Jalan Gasing, Jalan Templer dan kawasan komersial lain sebelum diteruskan ke jalan-jalan kawasan kediaman.

YB Rajiv isu tanggal iklan haram (1)

“Kerja menanggalkan iklan berpelekat ini agat leceh sebab itu peringkat awal ini kita turunkan ‘banner’ dan berbagai lagi, manakala iklan bepelekat yang biasanya ditampal di pondok bas dan papan tanda jalan kita semburkan pewarna bagi ‘matikan’ iklan mereka dan apabila jumlah iklan haram ini dah terkawal barulah kita tanggalkan pula iklan berpelekat.

“Hanya iklan yang mempunyai kelulusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang terdapat pelekat MBPJ padanya sahaja kita biarkan,” kata Rajiv lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.