Categories
SELANGOR

Portfolio Kerajaan Tempatan terap tiga nilai utama dalam pentadbiran

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 OKT : Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru meletakkan tiga garis utama dalam urusan pentadbirannya bagi memastikan rakyat di negeri ini terus menerima perkhidmatan terbaik dari Kerajaan Negeri.

Antara nilai-nilai yang dijadikan sandaran adalah penyertaaan awam dan demokrasi, kembali kepada asas serta pembangunan bandar lestari.

Bagaimanapun Exconya, Ean Yong Hian Wah, berkata masih terlalu awal baginya untuk menggariskan dasar di bawah portfolio baru yang disandangnya, namun beliau akan berunding bersama Menteri Besar, pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Selangor termasuk di peringkat akar umbi berhubung perkara berkenaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang mengamanahkan portfolio kerajaan tempatan kepada saya.

ean yong hian wah“Saya berbesar hati dengan tanggungjawab baru ini dan saya sedar jangkaan orang ramai mengenai prestasi majlis-majlis tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas mengenai tiga nilai berkenaan, katanya Kerajaan Negeri perlu menggalakkan penyertaan awam, perundingan dan sukarelawan dalam penggubalan dasar sepanjang pentadbirannya.

Katanya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini perlu lebih terbuka kepada penyertaan awam dalam belanjawan, penggubalan dasar dan pelaksanaan.

“Dalam jangka masa panjang, ia tetap komitmen politik kita untuk mendemokrasikan majlis-majlis tempatan dan kembali kepada asas-asas yang diharapkan orang ramai dalam melaksanakan tanggungjawab kepada mereka.

“Misi teras majlis tempatan adalah untuk menjadi lebih bersih, lebih hijau dan mewujudkan bandar-bandar yang lebih selamat.

“Semua idea dasar yang dibangunkan di PBT perlu mengambil kira pandangan jangka panjang sekurang-kurangnya 20 tahun, kemampanan alam sekitar dan kemampanan kewangan,” katanya lagi.

HM

Leave a Reply

Your email address will not be published.