Categories
SELANGOR

Portfolio Kerajaan Tempatan terap tiga nilai utama dalam pentadbiran

Oleh : AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 2 OKT : Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru meletakkan tiga garis utama dalam urusan pentadbirannya bagi memastikan rakyat di negeri ini terus menerima perkhidmatan terbaik dari Kerajaan Negeri.

Antara nilai-nilai yang dijadikan sandaran adalah penyertaaan awam dan demokrasi, kembali kepada asas serta pembangunan bandar lestari.

Bagaimanapun Exconya, Ean Yong Hian Wah, berkata masih terlalu awal baginya untuk menggariskan dasar di bawah portfolio baru yang disandangnya, namun beliau akan berunding bersama Menteri Besar, pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Selangor termasuk di peringkat akar umbi berhubung perkara berkenaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali yang mengamanahkan portfolio kerajaan tempatan kepada saya.

ean yong hian wah“Saya berbesar hati dengan tanggungjawab baru ini dan saya sedar jangkaan orang ramai mengenai prestasi majlis-majlis tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas mengenai tiga nilai berkenaan, katanya Kerajaan Negeri perlu menggalakkan penyertaan awam, perundingan dan sukarelawan dalam penggubalan dasar sepanjang pentadbirannya.

Katanya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini perlu lebih terbuka kepada penyertaan awam dalam belanjawan, penggubalan dasar dan pelaksanaan.

“Dalam jangka masa panjang, ia tetap komitmen politik kita untuk mendemokrasikan majlis-majlis tempatan dan kembali kepada asas-asas yang diharapkan orang ramai dalam melaksanakan tanggungjawab kepada mereka.

“Misi teras majlis tempatan adalah untuk menjadi lebih bersih, lebih hijau dan mewujudkan bandar-bandar yang lebih selamat.

“Semua idea dasar yang dibangunkan di PBT perlu mengambil kira pandangan jangka panjang sekurang-kurangnya 20 tahun, kemampanan alam sekitar dan kemampanan kewangan,” katanya lagi.

HM

Categories
NASIONAL

Penghuni Flet Taman Permata : Sudah 15 Tahun Janji Umno-BN Tidak Ditepati

flet taman permata demo 01

DENGKIL, 13 JUN : Sudahlah tempat tinggal mereka diambil untuk membangunkan Putrajaya, rumah ganti yang dijanjikan Kerajaan Persekutuan Umno-BN ketika itu hanya tinggal janji dan rumah sementara pula tidak selamat didiami.

Itulah nasih kira-kira 400 buah keluarga yang merupakan ?penduduk asal? Putrajaya yang sudah 15 tahun tinggal di dalam Pangsapuri Taman Permata, yang dinding dan silingnya mulai retak sejak mereka mulai tinggal di situ.

Malah ada sekumpulan penduduk yang terpaksa duduk di dalam khemah di tempat letak kereta pangsapuri itu kerana takut bangunan rumah mereka akan roboh setelah retakan menjadi lebih teruk sebulan lalu.

Wakil penduduk, S.Thangaraju, 51, berkata, Kerajaan Persekutuan sebelum ini sudah berjanji untuk membina rumah teres satu tingkat sebagai ganti kepada tanah mereka yang diambil bagi memberi laluan kepada Putrajaya.

Menurutnya, dua buah memorandum telah diserahkan penduduk kepada Kerajaan Persekutuan sejak Jun lalu bagi mendapatkan status mengenai kediaman mereka, namun sehingga kini masih tiada maklumbalas.

“Kerajaan Persekutuan kata rumah ini masih selamat untuk diduduki, penduduk tidak perlu bimbang kerana Kerajaan akan bantu selesaikan masalah kami.

“Kerajaan Selangor pernah maklumkan sebelum ini bahawa mereka sudah sediakan tanah tetapi Kerajaan Persekutuan tidak mahu bekerjasama dan dakwa Kerajaan Negeri hanya berbohong kepada rakyat.

flet taman permata retak 01

“Sudah 33 hari kami di sini, tetapi tiada satu bantuan atau kata putus daripada pihak Kerajaan Persekutuan pun berhubung perkara ini,” katanya apabil ditemui.

Tambahnya, penduduk sebelum ini dijanjikan untuk menduduki pangsapuri berkenaan secara sementara sebelum kediaman mereka siap sepenuhnya, tetapi setelah 15 tahun menanti, janji hanya tinggal janji.

Katanya, penduduk Blok 5 terpaksa berkhemah di bahagian tempat letak kereta selagi Kerajaan Pusat tidak menunaikan janji mereka untuk membina rumah baru.

“Kerajaan kata ini cuma rumah sementara, tetapi persoalannya adakah 15 tahun itu dikira sebagai sementara?

?Menteri daripada MIC ada datang ke kawasan ini dan kononnya berjanji untuk membantu kami dengan mengemukakannya di Parlimen, tetapi itu semua janji palsu,” katanya lagi.

Penduduk pangsapuri kos rendah itu terdiri daripada 400 penghuni sementara yang merupakan bekas pekerja di Ladang Perang Besar, Medingly, Galloway dan Sedgley.

Apabila mereka berpindah 14 tahun lalu mereka dijanjikan rumah teres satu tingkat.

Sehingga kini, janji tersebut tidak ditepati.

Ketika ini, sebahagian daripada penduduk sudah 33 hari ?berumah sementara? di dalam khemah yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) selepas dikejutkan gegaran kuat.

Pada 13 Julai, Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan, Kerajaan Prihatin, V Ganabathirau berkata Kerajaan Negeri akan memperuntukkan tanah 30 ekar kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Peruntukan tersebut bagi membolehkan kerajaan persekutuan melakukan kerja-kerja pembinaan rumah seperti yang dijanjikan mereka sebelum ini.

flet taman permata retak 02