Categories
SELANGOR

Azmin: “Tanya Dr Mahathir siapa Noh Omar ni”

KUALA SELANGOR 8 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali enggan mengulas dakwaan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar yang mendakwanya “cuba tunjuk pandai” mencari jalan pendamaian berhubung kemelut fatwa Sisters in Islam (SIS).

Mohamed Azmin sebaliknya berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu dirujuk untuk mengenali siapakah sebenarnya Noh.

noh-omar“Siapa? Noh Omar? Dia ada lagi?

“Saya ingat tanya Dr Mahathir siapa Noh Omar ni?” katanya menjawab ringkas.

Mohamed Azmin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya.

Noh semalam mendakwa Azmin cuba berlagak pandai apabila mencadangkan satu pertemuan diadakan di antara Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan SIS berhubung fatwa sesat oleh Jawatankuasa Fatwa negeri itu.

Majlis Konvokesyen UNISEL ke-9 MB (3)Sebelum ini, Mohamed Azmin Ali, berharap pertemuan dapat diadakan antara Mufti, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Sisters In Islam (SIS) dalam masa terdekat.

Pertemuan itu dengan perkenan DYMM Sultan Selangor diharap dapat mengelakkan kekeliruan dan salah faham berhubung fatwa pengharaman SIS.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.