Categories
SELANGOR

MB: Jadikan Unisel institusi pendidikan dukung kebebasan & keadilan

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 8 NOV: Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali tekad untuk menjadikan Univesiti Selangor (UNISEL) sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang mendukung tinggi prinsip kebebasan.

Beliau berkata, dengan amalan prinsip kebebasan dan keadilan mampu mengangkat UNISEL setaraf dengan universiti terkemuka dunia.

Majlis Konvokesyen UNISEL ke-9 MB (3)Katanya, dunia mahasiswa seharusnya digandingkan dengan realiti sekeliling dan bukan dipisahkan sepertimana yang berlaku sekarang.

“Prinsip kebebasan yang digarap David Starr Jordan, pengasas Universiti Stanford membuktikan komitmen untuk menjadikan kebebasan sebagai teras pembangunan universiti berjaya menjadikan Stanford sebagai salah sebuah universiti terulung di dunia.

“Saya yakin UNISEL perlu menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembentukan masyarakat yang adil ke arah pembentukan negara yang adil.

“Pensyarah dan mahasiswa seharusnya merancakkan wacana serta perbincangan demi mengungkapkan kebenaran kerana perkembangan komuniti intelektual hanya dapat dicapai apabila universiti mengamalkan kebebasan akademik,” katanya.

Beliau berucap demikian dalam majlis istiadat Konvokesyen kali ke 9 di kampus Bestari Jaya di sini, hari ini.

Majlis Konvokesyen UNISEL ke-9 MB (9)Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata Kerajaan Negeri juga berhasrat menjadikan Unisel sebagai hub kesarjanaan dan pusat kecemerlangan ilmu dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan sains, teknologi dan inovasi serta penerbitan.

“Untuk melaksanakan hasrat dan cita – cita ini, kerajaan negeri akan terlibat secara langsung dalam program penterjemahan beberapa karya antarabangsa.

“Gerakan penterjemahan ini adalah strategi keilmuan serta kebudayaan yang dilalui oleh tamadun Islam yang mencetuskan The Baghdad Enlightenment – Pencerahan Baghdad di abad ke-10,” katanya lagi.

Canselor Unisel,Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Alhaj Raja Tun Uda Alhaj dalam ucapannya berkata pembudayaan ilmu sangat penting dalam proses pembangunan diri dan masyarakat.

Katanya, graduan diseru memantapkan pendidikan dan penghayatan ilmu perlu sepanjang hayat walaupun sesudah pengajian formal.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.