Categories
SELANGOR

BBC: “MB 64 hari, 6 daerah diterjah santuni rakyat”

SHAH ALAM 25 NOV: Wakil Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Ng Suee Lim berkata dalam 64 hari Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali sudah enam daerah dijelajahi dalam usaha mendekati rakyat.

Katanya, polisi 80 peratus di lapangan dan 20 peratus di pejabat perlu dipraktikkan semua Exco dan ADUN untuk menyelesaikan masalah rakyat.

grafik-DNS“Tak sampai sebulan dah turun ke Sekinchan santuni petani dan pesawah, diharap ketegasan ini konsisten sampai pilihan raya akan datang dalam pendekatan terjah,” katanya.

Suee Lim berkata beliau mengucapkan tahniah kepada Mohamed Azmin kerana berjaya menyelesaikan isu pengambilan Kitab Bible berbahasa Melayu yang merupakan perkara sensitif.

Katanya, sentimen perkauman dan melampau tiada tempat di Selangor seperti ditegaskan Mohamed Azmin sebelum ini.

“Masih terdapat elemen untuk sabotaj imej Pakatan Rakyat yang perlu waspada,” kata Suee Lim di Sidang DNS.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.