Categories
SELANGOR

Belanjawan Selangor 2015 mesra rakyat & galak ekonomi mampan

Oleh: HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 25 NOV: Pembentangan Belanjawan Selangor 2015 berjumlah RM2.422 bilion disifatkan rakyat sebagai belanjawan mesra rakyat.

Sesuai dengan tema ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’, rata-rata warga Selangor berpandangan ia menjurus keprihatinan Kerajaan Negeri dalam usaha memajukan negeri dan mengagihkan hasil negeri untuk rakyat.

sulaiman mod nor - voxpopSulaiman Mohd Nor, 56, berkata Belanjawan 2015 dibentangkan Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali membuktikan keseriusan Kerajaan Negeri meneruskan pembangunan serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi mampan di Selangor.

“Bersesuaian dengan kemajuan negeri, bantuan disalurkan untuk pendidikan jelas menggambarkan keprihatinan Kerajaan Negeri untuk melahirkan masyarakat berilmu Dan berpendidikan tinggi,” katanya.

Nazri Alias, 35, berkata rakyat Selangor harus merebut peluang disediakan Kerajaan Negeri kerana belanjawan ini memberi manfaat dan ruang luas kepada orang ramai.

nazri - voxpop“Contohnya perumahan, ia waktu terbaik untuk memiliki rumah bila satu dana besar dikhaskan bagi membantu rakyat.

“Ia bagus dan generasi muda perlu merebut peluang ini untuk masa depan mereka,” katanya
Firdaus Ahmad, 28, turut sependapat dengan menyatakan belanjawan dibentangkan menyeluruh kepada kepentingan negeri dan rakyat.

“Selain perbelanjaan pembangunan dan pengurusan, ia fokus kepada kebajikan rakyat dari usia bawahan hingga ke akhir hayat.

“Dengan ini, ia akan mengaktifkan pelbagai aktiviti ke arah peningkatan ekonomi di bandar dan luar bandar menerusi pelbagai bidang.

“Ia membuka ruang pekerjaan yang lebih untuk rakyat tempatan dan kemajuan negeri,” katanya.

Semalam, Mohamed Azmin membentangkan Belanjawan Selangor 2015 sejumlah RM2,422,500,000.00 bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan khususnya program kesejahteraan rakyat.

Mohamed Azmin ketika membentangkan belanjawannya mengumumkan anggaran pendapatan bagi 2015 meningkat 6.49 peratus kepada RM1.97 bilion berbanding sebelumnya RM1.85 bilion pada 2014.

Daripada jumlah itu, RM1,288,530,000 atau 53.19 peratus adalah bagi peruntukan perbelanjaan mengurus dan RM1,133,970,000 atau 46.81 peratus bagi perbelanjaan pembangunan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.