Categories
NASIONAL

Dr Maszlee: Islam dalam politik lahirkan lebih ramai musuh

Oleh AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 3 NOV: Penganalisis Politik Tempatan dan Antarabangsa, Dr Maszlee Malik berpandangan masa depan berada dalam tangan keterbukaan masyarakat dan bukannya berada parti politik Islamis.

Hal ini kerana kebanyakan parti politik berteraskan Islam lebih berbentuk esklusif atau dianggotai orang tertentu.

“Apabila kita meletakan Islam dalam politik, kita melahirkan ramai musuh daripada kawan,” katanya dalam World Forum For Muslim Democrats.

Malah katanya, pergerakan Islam seharusnya mengelakkan mencipta imej Islam yang esklusif.

Hal ini kerana Rasulullah SAW sendiri bukan seorang pemimpin yang cuba mencipta identiti negera Islam yang esklusif.

Dalam pada itu Maszlee berkata, parti politik Islam berdepan dengan dilema sama ada untuk memisahkan bahagian organisasi mereka yang menumpukan kepada kerja dakwah dan kerja politik.

Keadaan ini dihadapi sendiri seperti parti politik Ennahda Tunisia.

Sebelum itu, bekas Setiausaha Agung Asean, Dr Surin Pitsuwan berkata, toleransi dan rendah diri merupakan dua ciri penting yang perlu ada di dalam seorang Demokrat Muslim.

Katanya, Islam merupakan agama yang menitikberatkan soal keamanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.