Categories
NASIONAL

FOMCA: Kerajaan patut turunkan harga RON95 bukan hanya RON97

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 NOV: Gabungan Persatuan-Persatuan Penggguna Malaysia (Fomca) berharap Kerajaan Pusat menurunkan harga semasa minyak RON95 pada harga yang lebih rendah.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Bin Abdul Rahman berkata, meskipun perbezaan harga RON95 dan RON97 kecil namun secara umum majoriti rakyat negara ini menggunakan RON95.

ron95Ini kerana RON95 masih menerima subsidi daripada kerajaan sementara RON97 dijual mengikut harga pasaran.

“Wajar bagi kerajaan mengkaji semula harga (RON95) kerana ia digunakan setiap hari dan memberikan kesan kepada pengguna berbanding dengan RON97,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, PKR merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 31 Disember jika Kerajaan Pusat enggan menurunkan harga bahan api sebelum 1 Disember.

Dua hari lalu, Putrajaya mengumumkan penurunan harga RON97 sebanyak 20sen menjadikan harga baru bahan bakar berkenaan RM2.55 seliter berbanding sebelum ini Rm2.77sen seliter.

Manakala RON95 masih kekal pada harga RM2.30 seliter.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.