Categories
AGENDA NASIONAL

Harga RON95 diapung berperingkat tahun depan

KUALA LUMPUR, 27 NOV: Harga petrol RON95 akan diapung secara berperingkat apabila Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan mulai Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chien Jen.

Beliau berkata harga petrol itu akan diapung secara berperingkat pada kadar satu sen atau dua sen setiap minggu sehingga harga petrol RON95 mencapai harga pasaran.

“Secara am semasa kita laksana subsidi bersasar kita akan mengapungkan harga petrol untuk meringankan kos sara hidup rakyat dan supaya harga barangan tak melambung secara mendadak.

“Kita akan mengapung harga petrol secara berperingkat iaitu dua sen satu minggu atau satu sen satu minggu sehingga harga RON95 mencapai harga pasaran,” katanya dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang ingin tahu langkah kementerian bagi mengelak kenaikan harga barang selepas pelaksanaan PSP.

Menjelas lanjut, Chien Jen berkata PSP tidak akan dilaksanakan di Sarawak, Sabah dan Labuan kerana mereka akan terus menikmati harga subsidi RON95 pada harga RM2.08 seliter.

Katanya kementerian juga mempunyai Akta Kawalan Harga yang dikuat kuasa bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan berlebihan selepas pelaksanaan PSP.

Sebelum ini Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan PSP hanya berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia sahaja yang bakal meringankan beban kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan.

Bagaimanapun, Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 mengumumkan kelompok yang tidak tergolong dalam B40 juga boleh menikmati subsidi berkenaan melalui Kad95 yang akan diberikan kepada mereka yang layak – berpendapatan kurang RM4,000, tetapi tidak tersenarai dalam BSH.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL

RON97 turun 22 sen, RON95 dan Diesel kekal

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 19 APR: Harga runcit produk petroleum RON97 turun 22 sen kepada RM2.41 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.08 serta RM2.18 seliter, bagi tempoh 15 hingga 21 Jun, bermula tengah malam ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, penurunan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend penurunan susulan penurunan purata harga minyak mentah Brent berbanding minggu sebelumnya.

“Pada masa sama, perkembangan semasa berikutan ketegangan di rantau Teluk seperti yang berlaku semalam juga berkemungkinan memberi kesan kepada kenaikan harga minyak dunia,” katanya dalam kenyataan.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petrol RON95 sepatutnya naik 3 sen seliter kepada RM2.11 seliter manakala harga diesel bagi tempoh sama naik satu sen seliter daripada RM2.19 seliter

Categories
NASIONAL

FOMCA: Kerajaan patut turunkan harga RON95 bukan hanya RON97

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 20 NOV: Gabungan Persatuan-Persatuan Penggguna Malaysia (Fomca) berharap Kerajaan Pusat menurunkan harga semasa minyak RON95 pada harga yang lebih rendah.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Bin Abdul Rahman berkata, meskipun perbezaan harga RON95 dan RON97 kecil namun secara umum majoriti rakyat negara ini menggunakan RON95.

ron95Ini kerana RON95 masih menerima subsidi daripada kerajaan sementara RON97 dijual mengikut harga pasaran.

“Wajar bagi kerajaan mengkaji semula harga (RON95) kerana ia digunakan setiap hari dan memberikan kesan kepada pengguna berbanding dengan RON97,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, PKR merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 31 Disember jika Kerajaan Pusat enggan menurunkan harga bahan api sebelum 1 Disember.

Dua hari lalu, Putrajaya mengumumkan penurunan harga RON97 sebanyak 20sen menjadikan harga baru bahan bakar berkenaan RM2.55 seliter berbanding sebelum ini Rm2.77sen seliter.

Manakala RON95 masih kekal pada harga RM2.30 seliter.

EZY

Categories
NASIONAL

Harga minyak dunia turun, Kerajaan patut turunkan harga RON95

SHAH ALAM 1 NOV: Kerajaan Pusat patut menurunkan harga minyak RON95 ekoran harga minyak global mencatatkan penurunan.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata, Kerajaan Pusat perlu menyatakan pendirian memandangkan tindakan mereka bercanggah dengan trend harga minyak mentah di peringkat global.

harga-minyak-naik-20-senKatanya, Kerajaan Pusat juga tidak patut mengenakan cukai jualan petroleum bagi mendapatkan keuntungan disebabkan keuntungan kecil dari Petronas.

“Bajet 2014 menjangkakan harga minyak mentah berada pada paras AS$110 setong sementara Bajet 2015 menjangkakan AS$105 setong. Namun harga semasa berada pada paras AS$80 hingga AS$85 setong.

“Kejatuhan harga minyak dan pengurangan subsidi menyebabkan pendapatan kerajaan jatuh sekurang-kurangnya 30%, yang datangnya dari keuntungan berkaitan petroleum Petronas,” katanya dalam kenyataan media.

Liew berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menolak cadangan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan untuk mengenakan cukai jualan petroleum jika harga minyak global terus turun.

Katanya, tidak adil kepada rakyat jika cukai jualan dikenakan apabila harga minyak mentah jatuh di bawah harga jualan semasa.

“Najib mesti menolak pilihan itu,” katanya.

Naik Minyak 20 Sen

Sinopsis

2 September 2013, rakyat dikejutkan dengan kenaikan harga minyak sebanyak 20sen. Pada awalnya ada pihak yang menyatakan berita tersebut hanya khabar angin namun ternyata tidak. Barisan Nasional tetap mempertahankan “MASIH” memberi subsidi kepada petrol RON 95 dan DIESEL sedangkan Malaysia merupakan negara pengeluar minyak.

Mengapa negara pengeluar minyak yang lain masih boleh memberikan keistimewaan kepada rakyatnya? Mengapa Malaysia mahu membandingkan harga minyak kita dengan negara yang bukan pengeluar minyak.

Renung-renungkanlah.

layari https://www.selangorkini.net

Categories
NASIONAL

Lau Weng San : Turunkan Harga Petrol Ron 95

SHAH ALAM 8 JUN : Kerajaan Pusat perlu menurunkan harga petrol Ron 95 ekoran kejatuhan harga minyak di peringkat antarabangsa.

Adun Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, pengumuman Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bahawa harga petrol Ron 97 diturunkan 10 sen seliter disebabkan harga minyak mentah antarabangsa jatuh di bawah paras USD100 setong.

“Apa yang mengecewakan rakyat Malaysia ialah harga minyak Ron 95 tidak diturunkan serentak dengan kejatuhan harga minyak mentah antarabangsa,” kata Weng San dalam kenyataan medianya.

Jelas Weng San, Ron 97 merupakan bahan api yang harganya ditentukan oleh ‘sistem apungan terurus’, iaitu harganya akan turun naik mengikut harga minyak mentah antarabangsa di mana Kerajaan Pusat tidak memberi sebarang bentuk subsidi dan pelepasan cukai kepada petrol ini.

Malahan mulai 1 Ogos 2010, Kerajaan Pusat melarang kenderaan asing daripada membeli petrol Ron 95 kerana petrol ini diberi subsidi oleh kerajaan.

Kenderaan asing hanya dibenarkan untuk mengguna petrol Ron 97 yang lebih mahal.

Mengikut apa yang dipaparkan di kebanyakan stesyen minyak seluruh negara, harga sebenar minyak Ron 95 termasuk cukai ialah RM3.53 seliter, manakala harga sebenar diesel termasuk cukai ialah RM3.26 seliter.

Harga runcit Ron 95 dan diesel masing-masing ialah RM1.90 seliter dan RM1.80 seliter, di mana Kerajaan Pusat memberi pelepasan cukai dan subsidi sebanyak RM1.63 seliter dan RM1.46 masing-masing kepada Ron 95 dan diesel.

“Masalahnya, adakah harga runcil petrol Ron 97 dijual betul-betul mengikut harga pasaran antarabangsa.

“Jika betul Ron 97 dijual mengikut harga pasaran antarabangsa, mengapakah harga jualannya pada masa sekarang (RM2.80 seliter) jauh lebih murah daripada harga sebenar Ron 95, iaitu RM3.53 seliter?,” soal Weng San.

Ujarnya lagi, harga Ron 97 yang berada di tahap RM2.80 seliter ini juga jauh lebih rendah daripada harga jualan diesel tanpa subsidi (RM3.26 seliter).

“Mengapakah Ron 97 boleh dijual dengan harga yang lebih murah daripada Ron 95 dan diesel?

“Jika tidak, apakah jenis ‘sistem apungan terurus’ yang diguna Kerajaan Pusat sehingga Ron 97 dijual dengan harga yang jauh lebih murah berbanding Ron 95 dan diesel,” katanya.