Categories
SELANGOR

Hukuman berat, mahasiswa UM boleh sambung pelajaran di IPT Selangor- Exco

SHAH ALAM 7 NOV: Kerajaan Selangor bersedia memberikan peluang kepada sekumpulan pelajar Universiti Malaya (UM) menyambung pelajaran di negeri itu jika dikenakan hukuman berat.

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata , beliau selaku Exco Kerajaan Negeri akan buat yang terbaik bagi memastikan mereka diberi peluang menyambung pelajaran mereka seperti Universiti Selangor (UNISEL) atau Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).

Mahasiswa UMKatanya, sekumpulan pelajar UM, diketuai Fahmi Zainol, Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) akan menghadapi tindakan tatatertib kerana mereka menganjurkan ceramah untuk  Datuk Seri Anwar Ibrahim, alumni UM di universiti itu.

Katanya, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sedang digunakan sebagai satu alat menghalang minda anak muda membincangkan dan menyuarakan pendapat situasi politik.

“Ini sebab Angkatan Muda KEADILAN memperjuangkan kemansuhan AUKU dan menghentikan kerajaan hari ini daripada mengawal kebebasan mahasiswa.

“AMK akan mempertahankan nasib mahasiswa dalam krisis ini,” katanya yang juga Ketua AMK Malaysia dalam kenyataan media.

PC Nik NazmiBeliau berkata, UM selaku salah satu institusi pengajian tinggi dihormati perlu melihat teliti  kesan jika universiti membuat keputusan menggantung atau membuang pelajar itu.

“Ini bukan sahaja memburukkan pentadbiran universiti tetapi imej universiti secara keseluruhan akan terjejas.

” Ia kerana mereka dilihat menguatkuasakan peraturan ketat yang menghindarkan perkembangan minda daripada menggalakkan pelajar berfikir dan bertindak kritis,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.