Categories
SELANGOR

Kerjasama penting jayakan tandas, premis bersih sekitar Subang Jaya

Oleh: LIZAWATI MADFA

SUBANG JAYA, 20 NOV: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memohon semua pihak memberikan kerjasama dalam menjayakan usaha mewujudkan tandas dan premis makanan bersih di bandar ini.

Timbalan Datuk Bandar, Abdullah Marjunid berkata, setiap rakyat perlu mengamalkan budaya penjagaan kebersihan demi kepentingan bersama.

Katanya, MPSJ akan terus memainkan peranan mempergiatkan aktiviti pemantauan dan pemeriksaan premis makanan di seluruh kawasan pentadbiran.

Tandas 3“Sehingga Oktober lalu, 2,061 premis diperiksa dan kebanyakannya mendapat Gred B dengan 54 peratus, sementara 17 lagi diarah tutup kerana tahap kebersihan tidak memuaskan.

“Bagi pemeriksaan tandas awam pula, dalam tempoh sama, 1,496 tandas dinilai dan kita dapati hanya 55 tandas sahaja mendapat lima bintang,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Kebersihan Tandas dan Premis Makanan sempena Hari Tandas Sedunia 2014 di IOI Boulevard, di sini, semalam.

Majlis anjuran bersama Rotary Club itu turut dihadiri ADUN Kinrara, Ng Sze Han; wakil World Toilet Organization (WTO), Amandine Brunet dan wakil Rotary Club Puchong Centennial, Alan Chan.

Sementara itu, Sze Han pula mengingatkan semua pihak untuk menghargai kemudahan tandas yang disediakan demi kepentingan bersama.

20141119_144850“Kita bertuah Malaysia ada sediakan banyak kemudahan tandas awam tidak seperti di tempat lain yang kurang bernasib baik.

“Tetapi cabarannya adalah sama ada kita dapat pastikan tandas ini cukup bersih,” katanya.

Sempena Hari Tandas Sedunia kali ini, MPSJ dan Rotary Club turut mengadakan pemeriksaan tandas serta premis makanan sekitar Jalan Kenari, Puchong Jaya, sejak 18 November lalu.

Sepuluh daripada premis yang diperiksa diiktiraf dan menerima penghargaan MPSJ antaranya Neway KTV, Kafe Donut, Restoran Imperial dan Kafe U Dessert.

Sementara itu, tiga buah sekolah turut menerima penghargaan sama kerana mempunyai tandas terbersih hasil pemeriksaan sempena Pertandingan Anugerah Sekolah Sejahtera, baru-baru ini.

Sekolah berkenaan adaalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Utama, SMK USJ 13, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yak Chee.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.