Categories
SELANGOR

Mantan MB patut beri penjelasan isu pampasan RM2.6 juta

SHAH ALAM 21 NOV: Mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu memberikan penjelasan telus dan jujur berhubung pampasan kepada lapan kakitangan Menteri Besar Incorporated (MBI) berjumlah RM2.6 juta.

Anggota PKR Cabang Hulu Selangor, Megat Khairul Anuar Razali, berkata jika perkara itu dimeterai dalam kontrak perjawatan, Abdul Khalid perlu menjelaskan kontrak sebegini dibuat.

MBI

“Pendengaran Awam SELCAT perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan perkara ini akan terus dimanipulasi di media dan juga laman sosial.

“Kebenaran harus ditegakkan tanpa mengira siapa,” kata Megat Khairul dalam kenyataan media.

Katanya, persoalan muncul rasionalnya pentadbiran Abdul Khalid meluluskan pembayaran sejumlah pampasan setinggi RM 2.6 juta ini

“Kami tidak boleh berkompromi dan bertoleransi sebarang tindakan pembaziran mana-mana pihak,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.