Categories
SELANGOR

Pertikai fatwa bukan pendirian PAS Selangor

SHAH ALAM 7 NOV: Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan tindakan beberapa ahli Parlimen PAS mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor berkenaan liberalisme dan pluralisme adalah bukan pendirian PAS Selangor.

Iskandar berkata laporan terdapat di antara mereka adalah pimpinan PAS Selangor adalah tidak benar.

PAS-for-AllKatanya, terdapat media yang melaporkan bahawa salah seorang dari mereka adalah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor.

“Laporan ini adalah sama sekali tidak benar dan PAS Selangor kesal dengan tindakan tidak profesional media tersebut,” kata Iskandar dalam kenyataan medianya.

Iskandar berkata tindakan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa secara terbuka adalah satu tindakan yang tidak wajar.

“Ia akan membuka ruang untuk semua fatwa-fatwa dipertikaikan. Keadaan yang sedemikian sudah tentu akan mewujudkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Tindakan Ahli Parlimen PAS itu dibuat tanpa berbincang dengan PAS Selangor walaupun kami mengadakan pertemuan mingguan wakil-wakil rakyat iaitu pada setiap pagi Rabu,” katanya.

Iskandar berkata wakil-wakil rakyat tidak sepatutnya bertindak bersendirian kerana mereka bertanding di dalam piliharaya umum di atas tiket parti dan bukan tiket individu.

“Oleh yang demikian, tindakan mereka akan dilaporkan kepada PAS Pusat untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.