Categories
SELANGOR

Pulau Ketam mampu jadi tarikan pelancongan antarabangsa

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 NOV: Masyarakat menyambut baik dan menyokong penuh usaha Kerajaan Negeri membangunkan Pulau Ketam sebagai salah satu tarikan pelancongan di negeri ini.

Rata-rata yang ditemui berharap dengan inisiatif yang diumumkan Kerajaan Negeri, Pulau Ketam mampu menjadi destinasi wajib pelancongan di Selangor.

Pulau_Ketam_5x7_11 (Medium)Bagi Mohd Amirul Ismail, 22, Kerajaan Negeri perlu memberi fokus utama kepada soal kebersihan pulau dalam usaha menarik lebih ramai pelancong.

“Saya percaya, kalau pulau bersih orang luar pasti suka berkunjung ke sana nanti kerana selesa dan dapat menikmati alam semulajadi.

“Tarikan Pulau Ketam sudah ada, cuma haruslah dijaga kebersihannya, begitu juga kemudahan yang ada,” katanya kepada Selangor Kini.

Pada 17 Oktober lalu, Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Worldwide Holding Berhad (Worldwide) dipertanggungjawabkan menguruskan masalah pencemaran sampah di Pulau Ketam.

Katanya, apabila ia diatasi maka industri pelancongan dapat ditingkatkan berikutan kehadiran pelancong yang ramai pada hujung minggu.

Sementara itu, Aidawati Muhamad ,19, pula berpendapat Kerajaan Negeri juga harus menguatkuasakan undang-undang lebih ketat dalam usaha menjaga kelestarian Pulau Ketam.

“Contohnya denda atau hukuman lebih berat kepada yang mencemar kawasan Pulau Ketam.

“Selain itu, kawal juga pembangunan kerana pembangunan yang terlampau juga mampu merosakkan alam sekitar, seperti Cameron Highlands.

“Tidak seronok lagi berkunjung ke sana, jangan lah Pulau Ketam atau tempat-tempat pencongan di Selangor terima nasib sama,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.