Categories
SELANGOR

Tawas buka kaunter di MPSJ, MPK dan MDSB

Oleh: Naeem Raffi

SHAH ALAM, 14 NOV : Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) akan membuka kaunter pendaftaran di tiga lokasi.

Program kali ini akan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).

tawas logo bearPengurus Perhubungan Awam, Pemasaran Dan Promosi (Yawas) Kee Abidin Hairum, berkata program turun padang itu juga adalah usaha kolektif pihaknya dalam meningkatkan penyertaan sekaligus memastikan lebih ramai lagi anak-anak Selangor yang layak menerima manfaat program.

“Anak-anak Selangor yang belum mencapai usia tiga tahun di wilayah berkenaan dipelawa untuk mendaftar sebagai ahli Tawas.

“Ibu bapa diingatkan untuk membawa salinan kad pengenalan dan mykid anak untuk tujuan pendaftaran,” katanya.

Tawas diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri sejak Jun 2008 dengan menjanjikan setiap anak kelahiran Selangor akan mendapat pelaburan RM100 dan pada usia 18 tahun, peserta berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada pelaburan tersebut.

Untuk rekod, sehingga 14 November 2014, jumlah permohonan direkodkan sebanyak 176,391. Daripada jumlah itu, sebanyak 153,395 pendaftaran direkodkan sebagai berjaya manakala 13,723 permohonan gagal didaftarkan kerana status tidak layak dan permohonan tidak lengkap.

Bermula 9 Julai lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) telah menimbang dan meluluskan perubahan tempoh kelayakan pendaftaran Tawas kepada tiga tahun.

Ia berkuatkuasa serta merta dan mana-mana kelahiran yang belum mencapai umur tiga tahun pada tarikh pendaftaran akan diterima tertakluk pada terma dan syarat-syarat kelayak sedia ada.

Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

Tempat : Padang Perkampungan Orang Asli Sungai Rasau, Puchong
Tarikh : 15 November 2014
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang

Majlis Perbandaran Klang (MPK)

Tempat : Taman Rakyat, Andalas, Klang
Tarikh : 15 November 2014
Masa : 8.00 pagi – 4.00 petang

Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)

Tempat : Ruang Legar MDSB
Tarikh : 17 – 18 November 2014
Masa : 10.30 pagi – 4.00 petang

Leave a Reply

Your email address will not be published.