Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

100 HARI: Aksi terjah MB tarik minat rakyat

Yang diidami ialah pemimpin yang peduli rakyat, sanggup merasai kesusahan masyarakat yang dipimpinnya.

Tidak hanya memberi arahan dari atas, sebaliknya turut bersama-sama saat susah senang rakyat.

Ini terkesan pada sosok Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali.

IMG-20141116-WA0001Tempat bermasalah biar-pun kotor dan busuk bukan halangan untuk diterjah, meski
di sebalik kesegakannya ber-baju kemas, lazimnya berkemeja putih.

Ia menjadi bualan kedai kopi, bahkan menarik perhatian media tempatan, juga akhbar Indonesia hingga mendapat jolokan Jokomin, akronim Jokowi-Azmin.

Dari lambakan sisa sampah tapak pembuangan haram di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves, Mohamed Azmin juga turun ke perut Sungai Udang berhampiran Kampung Nakhoda.

Ia berikutan masalah sampah sarap menjadi antara punca banjir kilat di kawasan itu.

Beliau juga tidak teragak-agak memeriksa lori tanpa permit yang beroperasi di kawasan itu.

Apabila berlaku bencana alam, Mohamed Azmin tidak berfikir dua kali untuk bersama-sama kepayahan rakyat.

MB di Sawah Padi Sekinchan (3)Dalam tempoh 24 jam, dua kali beliau menziarahi penghuni Pangsapuri Teratai, Hulu Selangor yang berdepan masalah tanah runtuh pada 22 Oktober lalu.

Dua hari kemudian, Mohamed Azmin merasai sendiri pengalaman menggunakan mesin penyembur baja ketika mengunjungi Bendang Padi Side B di Sekinchan.

Beliau juga meninjau Jeti Nelayan Bagan Sekinchan untuk mendengar sendiri masalah mereka sekaligus menyelesaikannya.

Di Pulau Ketam, Mohamed Azmin pada 17 Oktober lalu tidak kekok berbasikal untuk memesrai rakyat, sekali gus menyelami masalah mereka.

Terjahan itu, hasilnya mengatasi pencemaran sampah, selain menyelesaikan isu Lesen Menduduki Sementara (TOL)

Pada 31 Oktober pula, penumpang bas dikejutkan dengan kehadirannya yang menaiki pengangkutan awam itu untuk melihat keberkesanan sistem itu.

Pada 16 November, Mohamed Azmin berbekalkan but ‘Phua Chu Kang’ dan berbatik jawa ala Jokowi ‘terjun’ longkang bagi program Gerak Gempur Aedes.

Hingga kini, beliau meneruskan aksi terjah ke pelusuk negeri, bahkan di luar Selangor pun, Mohamed Azmin tidak teragak-agak melakukannya selagi ia membantu rakyat terbanyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.