Categories
BERITA UTAMA PENDIDIKAN SELANGOR

Keputusan SMA Selangor meningkat 1.9%

OLEH AFIX REDZUAN

SABAK BERNAM, 19 JAN: Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) Selangor 2016 menyaksikan peningkatan 1.9 peratus dengan pencapaian 92.2 peratus cemerlang, berbanding 90.3 peratus pada 2015.

Pencapaian cemerlang direkodkan bagi kategori SMA Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor dengan kelulusan 96.1 peratus meningkat 1.7 peratus, berbanding 94.4 peratus, pada 2015.

Kelulusan SMA Sekolah Menengah Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP) pula meningkat daripada 98.5 peratus kepada 100 peratus bagi tahun 2016, manakala SMA Sekolah Menengah Islam Persendirian turut mencatatkan peningkatan keputusan kepada 72.4 peratus.

Keputusan itu diumumkan Sohibus Saadah Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim pada majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA), Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) dan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) Negeri Selangor 2016 di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Sabak Bernam.

Secara keseluruhan, seramai 3,718 calon yang menduduki peperiksaan dengan peningkatan 133 calon, pada 2016.

Hadiah disampaikan Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.

Buat julung kalinya, 18 calon menduduki peperiksaan Sijil Menengah Agama Turath dan Dakwah (SMATD) yang dijalankan di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Sabak Bernam dengan keputusan memberangsangkan lulus 100 peratus.

-NFN-

Categories
SELANGOR

Pelajar terbaik peperiksaan SMA Selangor kongsi rahsia kejayaan

OLEH : HAFIZAN TAIB

SUBANG JAYA, 14 JAN: Muncul pelajar perempuan terbaik peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) di Selangor dianggap sebagai kejutan namun berbangga kerana berjaya memenuhi impian dengan catat cemerlang.

Pelajar Sekolah Agama Menengah (SAM) Nurul Iman, Bukit Cherakah, Petaling, Aina Syazzelina Rosaini, 16, berkata meskipun dirinya antara pelajar terbaik di sekolahnya tetapi beliau tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk itu.

pelajar cemerlang perempuan“Harapan untuk mencapai Mumtaz memang ada tetapi muncul pelajar terbaik di Selangor tidak pernah terlintas.

“Terkejut kerana dapat banggakan dan naikkan nama sekolah, guru dan ibu bapa,” katanya kepada media selepas majlis pengisytiharan peperiksaan SMA dan Sekolah Menegah Agama Tahfiz Al Quran (SMATQ) di sini, hari ini.

Anak pemandu lori itu mencatat keputusan SMA dengan 98.8 peratus mengatasi semua calon lain di Selangor.

Beliau sentiasa mengingatkan dirinya melakukan perkara yang baik dan menghindari apa yang melalaikan yang mampu mengganggu tumpuan dalam pembelajaran.

“Saya minat belajar dan selalu memberi tumpuan mengulang kaji pelajaran di sekolah serta berterima kasih kepada ibu bapa juga guru atas semangat diberikan selain bersyukur kepada Allah,” katanya.

Sementara pelajar lelaki terbaik SMA, Mohamad Ariff Fitri Jukebeli, 16, dari SAM Bestari USJ Subang Jaya, Petaling, berkata, beliau bersyukur kerana berjaya mengulangi kejayaan dicipta sekolahnya hampir setiap tahun.

pelajar cemerlang laki“Alhamdulillah berjaya dan bersyukur kepada Allah dengan saya ditakdirkan muncul pelajar lelaki cemerlang dari sekolah ini.

“Syukur kepada semua iaitu guru, ibu bapa dan rakan-rakan kerana mendoakan saya kerana tanpa doa mereka mungkin kita tidak mencapai kejayaan ini,” katanya.

Ariff Fitri berkata, keputusan cemerlang dicapai adalah berkat usaha gigih tanpa jemuh dan pembakar semangat untuk kejayaan lebih baik pada masa hadapan.

Pelajar lelaki terbaik SMATQ pula diraih Luqman Al Hakim Abd Jabar dari Maahad Integrasi Tahfiz Selangor Kuala Langat dengan keputusan 98.8 peratus manakala pelajar wanita terbaik SMATQ adalah Nurul Nadia Salleh dari sekolah sama (98.5 peratus).

Seramai 3.585 calon menduduki peperiksaan SMA di Selangor tahun lalu berbanding 3,314 calon pada 2014 dengan peningkatan 271 calon di mana keputusan dicatat adalah 94.4 peratus iaitu turun 0.08 peratus berbanding 95.2 peratus pada 2014.

Manakala 107 calon menduduki SMATQ tahun lalu dengan catata lulus 100 peratus.

EZY

Categories
SELANGOR

Solat tahajud & belajar malam rahsia kejayaan pelajar cemerlang

Oleh: LIZAWATI MADFA

KLANG, 28 JAN: Amalan Solat Tahajud dan sering mengulang ayat bacaan sehingga 60 kali merupakan resepi pelajar cemerlang Sijil Menengah Agama Tahfiz Al Quran (SMATQ) 2014, Syamimi Nazihah Naseruddin.

Bercita-cita mahu bergelar guru seperti kedua orang tuanya, Syamimi, 17, berkata kedua-dua amalan itu banyak membantunya untuk memperoleh keputusan 11 A.

Shamimie“Itu adalah cara saya untuk mengulang kaji pelajaran dan petua untuk menajamkan minda seperti mana yang dianjurkan Islam.

“Terima kasih juga kepada guru-guru, ibu bapa, keluarga serta rakan-rakan yang banyak membantu memberi semangat untuk belajar bersungguh-sungguh,” katanya selepas menerima anugerah pelajar cemerlang keseluruhan bagi kategori SMATQ.

Pelajar Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi, Kampung Jawa ini memperoleh pencapaian 96 peratus dalam peperiksaan SMATQ 2014.

Anugerah disampaikan Exco Agama Islam, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi di Dewan Maahad Integrasi Tahfiz Sains, di sini.

FareezSementara itu, kategori Sijil Menengah Agama (SMA) pula diterima pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Hisamuddin, Ahmad Fareez Abdul Wahab, 17.

“Saya terkejut dengan keputusan ini kerana keputusan percubaan sebelum ini hanya berjaya memperoleh pencapaian 96 peratus sahaja berbanding keputusan sebenar 99 peratus.

“Usaha belajar dikala malam sunyi dan tidur hanya empat atau lima jam sehari nyata berbaloi untuk saya,” kata anak bongsu daripada enam beradik ini.

EZY

Categories
SELANGOR

Peperiksaan SMA Selangor catat cemerlang 95.2%, SMATQ 100%

Oleh: LIZAWATI MADFA

KLANG, 27 JAN: Keputusan keseluruhan peperiksaan Sekolah Menengah Agama (SMA) negeri Selangor pada 2014 adalah cemerlang dengan 95.2 peratus iaitu peningkatan 2.8 peratus berbanding 2013.

Keputusan diumumkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim di Dewan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dalam majlis yang disempurnakan Exco Agama Islam, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi di sini.

SMATurut diumumkan ialah keputusan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al Quran (SMATQ) yang kekal 100 peratus seperti tahun sebelum ini.

Untuk SMA, seramai 670 calon mendapat pangkat Mumtaz (Cemerlang), 1,032 calon mendapat pangkat Jayyid Jiddan (Sangat Baik), 758 calon (Jayyid-Baik), 623 calon (Maqbul-Lulus) sementara 231 calon (Rasib-Gagal).

Keputusan itu menunjukkan peningkatan prestasi calon untuk pangkat Mumtaz dengan 8 peratus dan pangkat Jayyid Jiddan dengan 4 peratus.

Bagi pencapai SMATQ pula, seramai 29 calon (Mumtaz), 84 calon (Jayyid Jiddan), 9 calon (Jayyid) dan 1 (Maqbul).

Bagaimanapun, keputusan tahun ini menyaksikan pangkat Mumtaz mencatatkan penurunan lebih 20 peratus sementara pangkat Jayyid penurunan 1 peratus.

Pangkat Jayyid Jiddan pula meningkat sehingga 22 peratus dan Maqbul pula meningkat 1 peratus.

Seramai 3,314 calon menduduki SMA bagi tahun 2014 berbanding 3, 160 calon pada 2013 iaitu peningkatan seramai 154 calon.

EZY

Categories
SELANGOR

Peperiksaan Sijil Menengah Agama, Selangor Catat Keputusan Cemerlang

Majlis Pengistiharan Keputusan SM  Agama 2012 01

SHAH ALAM, 9 FEB: Keputusan keseluruhan peperiksaaan Sijil Menengah Agama (SMA) tahun 2012 Negeri Selangor menyaksikan peningkatan positif sebanyak 5.3 peratus bagi Sekolah Agama Menengah Negeri Selangor.

Peningkatan ini menyaksikan pencapaian keputusan 92.1 peratus untuk tahun 2012 berbanding perolehan 86.8 peratus bagi tahun 2011.

Perkhabaran gembira keputusan peperiksaan dicatatkan menerusi perolehan keputusan 100 peratus dalam peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ).

Zainab Ismail 01Perkara ini diumumkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Marzuki Hussin pada Majlis Pengisytiharan Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-QUran (SMATQ) Tahun 2012 bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Untuk peperiksaaan SMA tahun 2012, seramai 3,130 orang calon daripada 23 buah Sekolah Agama Menengah (SABK) dan dua buah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MIST) termasuk 248 calon dari 12 Sekolah Menengah Islam Persendirian dan Sekolah Menengah Agama (SMA MAIWP).

Bagi Peperiksaan Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) pula menyaksikan seramai 222 orang calon menduduki peperiksaan dari dua buah Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Selangor.

Sementara itu, MIST Istana Banda Kuala Langat mengungguli kategori Sekolah Agama Menengah (SMA) dan Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi (MIST) berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dengan perolehan 1.46.

SAM Bestari Usj Subang Jaya, Petaling menduduki tempat kedua dengan GPS 1.50 manakala MIST Klang mencatatkan GPS 1.81.

Muhammad Mujtaheed Mohamed 01Untuk kategori SMA dan SMI Persendirian cemerlang, SMA Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (SMA MAIWP) mencatatkan GPS 1.32 manakala SMI Ibnu Khaldun, Klang dengan GPS 2.98.

Marzuki yang ditemui selepas majlis nyata berpuas hati dengan keputusan peperiksaan yang dicatatkan bagi tahun 2012 dan berharap kecemerlangan ini dapat diteruskan.

“Keseluruhan kita kita lihat peningkatan meskipun terdapat beberapa subjek mencatatkan penurunan (keputusan).

“Walaupun usaha cikgu itu sudah bersungguh-sungguh, penurunan pencapaian pelajar kita tidak dapat nafikan kerana bergantung kepada persediaan pelajar (sendiri),” katanya.

Mohamad Faiq Mohamad Sharin 01Sementara itu, Muhammad Mujtaheed Mohamed dari SAM Bestari Usj Subang Jaya diumumkan sebagai pelajar lelaki cemerlang SMA 2012 ketegori SAM (SABK) dan MITS Negeri Selangor dengan pencapaian 98.2 peratus.

Aida Nazirra Mazni dari Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Banda, Kuala Langat pula mengungguli kategori perempuan dengan pencapaian 99.0 peratus.

Bagi Kategori Sijil Menengah Agama Tahfiz Al-Quran (SMATQ) 2012, Mohamad Faiq Mohamad Sharin dari Maahad Integrasi Sains dan Teknologi Klang dipilih selaku pelajar lelaki terbaik dengan pencapaian 78.9 peratus.

Manakala pelajar perempuan dari Maahad Integrasi Tahfiz Sains dan Teknologi Istana Banda, Kuala Langat, Zainab Ismail memperoleh 79.4 peratus.

Kesemua hadiah dan sijil disampaikan sendiri oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali.

Halimah Ali Majlis Pengistiharan Keputusan SM  Agama 2012 01