Categories
SELANGOR

Selcat: Siasatan RM2.6 juta tidak akan didengar kepada awam

SHAH ALAM, 7 JAN: Siasatan keatas laporan audit pembayaran gratuiti RM2.6 juta kepada lapan pembantu mantan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan didengarkan kepada awam.

Hal itu kerana siasatan menyeluruh sudah dibuat dan laporan audit ke atas kes berkenaan sudah dibentangkan di dalam sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Hannah Yeoh.

SELCAT“Ahli Jawatankuasa Selcat berpendapat bahawa tidak ada keperluan untuk menjalankan pendengaran awam berkenaan perkara ini kerana siasatan audit menyeluruh sudah dijalankan Kerajaan Negeri.

“Laporan audit itu sudah dibentangkan di dalam Dewan Negeri Selangor lalu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selcat juga akan bersidang untuk menyiasat perlaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat, pada 27 Januari lalu dan siasatan itu akan didengarkan kepada awam.

“Selcat menerima aduan enakmen itu tidak berkesan di kebanyakan jabatan kerajaan negeri. SELCAT memandang serius isu akses maklumat kepada orang awam,” tegasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.