Categories
NASIONAL

Azmin: PKR tidak pernah tentang hukum Allah

Oleh: AFEEQA AFEERA

SHAH ALAM, 22 MAC: PKR hari ini menegaskan tidak pernah menentang hukum Allah berkaitan pelaksanaan hudud yang terkandung dalam Al-Quran, kata Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali.

Sebaliknya, beliau berkata parti itu tidak bersetuju dengan mekanisme yang dibawa PAS kerana ia dikatakan tidak menghormati prinsip dan semangat bersama dalam Pakatan Rakyat (PR).

mole-Pas-Hudud-3“Kita tidak menentang hukum Allah, sebagai muslim kita tidak boleh menentang hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran cuma mekanisme yang dibawa dalam PAS itu tidak menghormati prinsip dan semangat PR, itu sahaja.

“Kita mahu sebarang cadangan yang dikemukakan mestilah dibentang dan diputuskan Majlis Presiden, tetapi ini tidak berlaku sebab itu kita membantah,” katanya selepas melancarkan projek Rumah Selangorku di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang, dekat sini hari ini.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin menolak andaian bahawa PR mungkin akan berpecah sekiranya ketiga-tiga parti komponen di dalamnya tidak bersepakat berhubung pelaksanaan hudud.

“(PR) tidak berpecah, cuma perbezaan pendapat, tiada masalah.

“Saya yakin kebijaksanaan kepimpinan untuk memperkukuhkan dan memantapkan PR, kalau pun ada perbezaan kita boleh bincang secara baik demi kepentingan rakyat. Itu harapan saya,” katanya lagi.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.