Categories
NASIONAL

Azmin: Jentera Pakatan perlu kerja kuat pastikan kemenangan

Oleh: NORHAYATI UMOR

BUKIT MERTAJAM, 27 APR: Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh kali ini diharap berjalan dengan lancar tanpa sebarang provokasi.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali percaya penduduk kawasan itu akan memilih Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon pilihan mereka.

Azmin“Penduduk Permatang Pauh sudah matang, mereka boleh menilai siapa yang wajar wakili mereka di parlimen ini.

“Ramai bertanding bukan sabotaj, inilah demokrasi. Riuh. Tapi asalkan kita berpegang pada prinsip Pakatan Rakyat ia akan berjalan dengan lancar,” katanya kepada SelangorKini.

Mohamed Azmin bagaimanapun mahu gerak kerja jentera Pakatan Rakyat (PR) yang kuat agar isu nasional dibawa memberi kesan kepada rakyat.

“Walaupun kawasan ini kubu kuat kita, tapi kita boleh terlalu selesa dalam PRK ini sebab itu kita perlu kerja kuat dan sudah tentu isu besar memberi kesan kepada rakyat dan ekonomi.

“Kita perlukan suara yang kuat di Parlimen pada masa yang depan,” katanya yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor.

kak wanSementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mahu penduduk kawasan itu membuka mata untuk tidak memilih calon Barisan Nasional (BN) yang menekan hidup rakyat ketika ini.

Katanya, PRK kali ini juga merupakan peluang untuk menghantar mesej kepada Putrajaya membantah kezaliman yang dilakukan.

“Jika mereka mahu GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) pilihlah BN, jika mahu 1MDB pilih BN. Kalau tak mahu, pilih Kak Wan.

“PRK ini akan beri impak besar hidup dan mati PR, begitu juga dengan PRK Rompin hidup mati BN,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.