Categories
NASIONAL

Kerjasama jentera PKR & PAS baik pastikan kemenangan

Oleh: NORHAYATI UMOR

KUBANG SEMANG, 27 APR: PKR mendapat kerjasama baik dengan PAS Pusat dalam menggerakkan jentera parti itu bagi membantu kempen PRK Permatang Pauh.

Pengarah Pilihan Raya Negeri, Datuk Mansor Othman berkata kerjasama dalam proses kempen dilihat saling bergabung biarpun pelbagai impak negatif dibangkitkan oleh media.

CDZ9frjUUAAVnAc“Bagi kita di semua peringkat yakin yang hasil pencapaian dari rundingan berterusan mencapai kata sepakat.

“Bagi kita ia tidak akan menjadi isu dalam mencapai kemenangan,” katanya dalam sidang media di Yayasan Aman, di sini.

Mansor berkata jentera PAS banyak membantu menggerakkan kempen di PRK di setiap program dijalankan.

“Dalam taklimat khas kepada kira-kira 300 petugas PAS yang turut dihadiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Datuk Dr Mujahid Rawa, mereka membantu jentera kita bagi memastikan calon menang,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.