Categories
SELANGOR

MB: RM22 juta pastikan pelajar tidak tercicir dapat pendidikan tinggi

Oleh: HAFIZAN TAIB

BANDAR BARU SELAYANG, 12 MEI: Sebanyak RM22 juta diperuntukkan untuk biasiswa dan pinjaman pendidikan bagi memastikan tidak berlaku keciciran pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi disebabkan kos semakin meningkat.

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, daripada jumlah itu, RM10 juta adalah biasiswa penuh bagi mereka yang mendapat tempat pelajar ke Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

PendidikanManakala RM12 juta untuk pembiayaan awal bagi mereka yang mendapat pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Kita mempunyai Unisel dan KUIS namun kita melihat ramai anak-anak kita khususnya di luar bandar dan desa mempunyai potensi cukup baik untuk meneruskan pengajian mereka.

“Namun kos pendidikan tinggi ramai di kalangan mereka tercicir,” katanya semasa majlis Agihan Bantuan Pendidikan Selangor 2015 peringkat Gombak di sini, hari ini.

Katanya, sebagaimana dinyatakan dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2015 lalu, pendidikan menjadi teras utama pembangunan Kerajaan Negeri pada tahun ini.

“Kita yakin pendidikan adalah pelaburan jangkap panjang bagi memastikan anak-anak kita mendapat ilmu pengetahuan yang baik tetapi menjadi tanggungjawab kita menyediakan pendidikan berkualiti.

“Ianya harus bermula di peringkat pra sekolah, sekolah rendah serta menengah dan kita akan berikhtiar membantu anak-anak di Selangor untuk menggilap potensi mereka,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, pelbagai program dan skim berkaitan pendidikan antaranya Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas), Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan Hadiah Anak Masuk Universiti.

Dalam majlis itu, beliau menyerahkan sumbangan Kerajaan Negeri sebanyak RM1.045 juta kepada 49 Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.