Categories
NASIONAL

Kelantan mampu berdaya saing jika RMK-11 ikut jadual

Oleh: AFIX REDZUAN

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berharap Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dapat membangunkan negeri itu ke arah lebih baik.

Beliau menyifatkan projek lebuh raya, tebatan banjir dan lapangan terbang yang disentuh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak penting untuk keselesaan rakyat dan meletakkan Kelantan sebaris dengan negeri lain.

RMK-11“Lebuh raya adalah pemangkin utama untuk memajukan Kelantan. Di samping itu, kita juga dapat mengelakkan banjir melalui empangan.

“RMK-11 menampakkan perancangan baik untuk masa depan Kelantan, Insya Allah jika perkara ini berlaku secara berjadual, saya percaya Kelantan akan meningkat bersama negeri lain untuk mencapai negara maju 2020,” katanya di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Katanya, pengisytiharkan Malaysia sebagai negara maju perlu meliputi semua negeri tanpa ada yang terpinggir tidak kira parti pemerintah.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.