Categories
SELANGOR

Ubah sistem pendidikan demi kemajuan

Oleh: HAFIZAN TAIB

BANDAR BARU BANGI, 19 MEI: Sistem pendidikan perlu berubah sesuai dengan situasi semasa demi kebaikan dan kemajuan rakyat serta negara.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penggubalan struktur perlembagaan serta pentadbiran pendidikan yang baharu wajar dilakukan dengan kuasa pembuat dasar yang luas tanpa terhad kepada Kerajaan Persekutuan sahaja.

MURUGUN AL MARI“Kita perlu satu anjakan paradigma kerana pendidikan perlu lebih dekat iaitu pertama peringkat negeri, kedua daerah seterusnya guru dan ibu bapa.

“Hal ini supaya mereka dapat memberi maklum balas berkenaan dasar sekolah. Pengetua diberikan kuasa dalam pentadbiran dan perlantikan atau memecat guru,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Katanya, sistem itu banyak dipraktikkan di negara maju dengan kuasa pembuat dasar diberikan hingga ke peringkat bawah bagi kemajuan pendidikan secara menyeluruh.

_MG_0294“Saya akui mungkin model diguna pakai hari ini relevan ketika kita mencapai kemerdekaan kerana waktu itu kekurangan pakar dan kemudahan.

“Hari ini kita sudah maju ke hadapan, maka perlu mengubah struktur perlembagaan dan pentadbiran pendidikan bersesuaian dengan keadaan masa kini,” katanya.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.