Categories
NASIONAL

Harga bahan api naik, rakyat terus derita tanggung beban

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 1 JUN: Kenaikan harga petrol sebanyak 10 sen bermula hari ini memberikan tamparan hebat untuk rakyat yang terus menerus menanggung beban kenaikan harga barang.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebagai negara pengeluar minyak sepatutnya Kerajaan Persekutuan memulangkan hasil bumi itu kepada rakyatnya pada harga berpatutan dan bukannya terus berbelanja secara boros.

AMK Minyak“Walaupun dijanjikan harga barang turun selepas GST, namun jelas sekali perkara ini tidak benar.

“Sekarang ditambah kenaikan harga minyak yang kemungkinan tidak berkesudahan, sampai bila rakyat terpaksa menanggung beban?,” katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya meskipun harga petrol negara bergantung kepada harga pasaran dunia, namun begitu implementasi polisi untuk mengapungkan harga petrol itu tidak mengambil kira keadaan ekonomi rakyat yang semakin merosot

Keadaan itu disusuli dengan kegagalan polisi gaji minima dan pelaksanaan cukai GST membebankan.

“Kenaikan ini terutamanya memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah dan juga anak-anak muda.

“Bukan sahaja terdapat cabaran hebat bagi generasi muda mencari pekerjaan, malah tahap gaji rendah, tanggungan hutang PTPTN dan kos kehidupan semakin meningkat cukupmembebankan.

“Namun begitu, Kerajaan Barisan Nasional terus boros berbelanja dan menekan rakyat sendiri, menampung bebanan hutang, termasuk 1MDB akibat tadbir urus kerajaan lemah dan korup,” kata beliau lagi.

Dengan kenaikan itu menyaksikan RON95 dan diesel berharga RM2.05 liter manakala RON97 akan berharga RM2.35 per liter.

Sebelum itu, harga petrol RON95 pada kadar RM1.95 seliter, RM2.25 seliter bagi RON97 dan diesel pada RM1.95 seliter.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.