Categories
KENYATAAN MEDIA

KEADILAN ucap takziah kepada mangsa gempa bumi di Sabah

Oleh: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Tragedi gempa bumi 6.0 pada skala Richter yang berlaku di Ranau, Sabah semalam cukup menyedihkan.

Bagi pihak KEADILAN, saya ingin memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga 11 mangsa tragedi dan 8 pendaki yang masih belum ditemui.

Tiada kata yang dapat menebus nyawa, maka kita hanya boleh redha dengan ketetapan Yang Maha Esa.

Gempa SabahSaya ingin merakamkan juga rasa penghargaan kepada pasukan penyelamat yang bertungkus-lumus menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Semoga Allah mempermudah segala urusan mereka, agar para pendaki semuanya akan dapat ditemui dalam keadaan selamat.

Kita berharap, semua pihak bekerjasama untuk memberikan pertolongan dan bantuan yang diperlukan bagi meringankan bebanan mangsa, Insya Allah.

Marilah kita mengambil iktibar dari kejadian ini untuk sentiasa bersiap sedia serta menambahbaik persiapan bagi menghadapi segala macam bencana dan malapetaka, tidak kira bencana semulajadi atau buatan manusia.

*Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Presiden KEADILAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.