Categories
NASIONAL

AMK: Jawab tuduhan bukan gantung The Edge

Oleh: NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 25 JUL: Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung mingguan The Edge dan The Edge Financial Daily melanggar prinsip kebebasan media.

Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerajaan juga perlu menjelaskan jika laporan akhbar terbabit membawa gangguan dan memberi ancaman kepada keselamatan negara.

The Edge“Kerajaan BN perlu menjawab mengapa laporan The Edge berkenaan 1MDB dikatakan memudaratkan dan boleh membawa gangguan kepada keselamatan dan ketenteraman awam atau memberi ancaman kepada keselamatan negara.

“Kerajaan BN sepatutnya menjawab segala persoalan yang telah diajukan dengan lengkap dan jelas, dan bukannya mencari jalan keluar yang mudah dengan menggantung penerbitan akhbar tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata umum mengetahui dan disebut berulang kali, kegagalan kerajaan itu untuk menjawab persoalan-persoalan isu 1MDB mengakibatkan rasa tidak puas hati rakyat dengan keadaan ketika.

“Ia bukanlah laporan media,” katanya.

Nik Nazmi berkata Kerajaan harus menarik balik penggantungan itu seterusnya memberikan penjelasan yang diinginkan oleh rakyat berkenaan pelbagai isu kritikal yang dibangkitkan.

Akhbar terbabit digantung selama tiga bulan bermula 27 Julai ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.