Categories
SELANGOR

Exco: 556 nelayan terima bantuan RM1.3 juta sejak 2012

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SABAK BERNAM, 24 OGOS: Kerajaan Negeri sentiasa memastikan hasil diperolehinya dikongsikan kepada semua lapisan masyarakat termasuk golongan nelayan pantai di negeri itu.

Exco Pemodenan Pertanian & Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, sehingga kini Kerajaan Negeri sudah membelanjakan RM1.3 juta bagi membantu golongan itu meningkatkan pendapatan mereka.

“Bagi bantuan nelayan pantai atau nelayan tradisional, Kerajaan Selangor menyediakan program bantuan nelayan apabila nelayan yang layak dan diluluskan menerima bantuan sampan, enjin bot, jala serta peralatan-pertalatan menangkap ikan.

Pelepasan benih ikan dan pertandingan memancing YB Zaidy (ASRI)“Sejak 2012, seramai 556 nelayan pantai menerima bantuan berbentuk sampan, enjin dan peralatan menangkap ikan melibatkan peruntukan sejumlah lebih kurang RM1.3 juta,” kata Zaidy.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Memancing Ikan Tradisional, Jamuan Rakyat dan Pelepasan Benih Ikan di Parit 12, Sungai Panjang, di sini, semalam.

Jelas beliau, Kerajaan Negeri terus komited membantu golongan nelayan pantai dan nelayan sungai dengan pelbagai bantuan berdasarkan keperluan semasa golongan itu.

Bagi membantu nelayan sungai pula, Kerajaan Negeri berusaha memastikan spesis ikan yang menjadikan sungai di Selangor sebagai habitat terus terpelihara daripada kepupusan.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.