Categories
NASIONAL

FOMCA: Pasca GST, pengguna ikat perut peniaga gulung tikar

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 10 OGOS: Corak perbelanjaan pengguna lebih berhati-hati dan terpaksa membuat pilihan untuk mengelakkan bebanan selepas hampir empat bulan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Pola itu menyaksikan peniaga berhadapan masalah terhadap hasil jualan terutama barangan yang dikenakan GST memandangkan pengguna cuba mengurangkan kos perbelanjaan mereka.

FOMCATimbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penggguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, peniaga pastinya berhadapan kos operasi yang tinggi sejak pelaksanaan GST.

“Apabila pengguna cuba untuk tidak membeli barangan yang dikenakan GST, ia turut memberikan kesan kepada peniagaan.

“Jika pengguna mula kurang membuat pembelian, ia memberikan kesan kepada peniaga,” katanya kepada Selangor Kini.

Jelasnya, GST yang dilaksanakan 1 April lalu, banyak peniaga terpaksa gulung tikar seperti yang dilaporkan media kerana tidak mampu menanggung perbelanjaan.

Katanya, perkara itu perlu dilihat secara serius bagi mengelakkan lebih banyak peniaga menjadi mangsa gulung tikar.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.