Categories
KENYATAAN MEDIA

SPRM patut terus laksana siasatan tanpa rasa takut

Oleh: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Saya menyambut baik berita bahawa dua pegawai kanan SPRM iaitu Pengarah Bahagian Operasi Khas, Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob yang hari ini telah dipindah semula ke jawatan asal mereka di SPRM, berikutan pemindahan mengejut mereka ke Jabatan Perdana Menteri pada Jumaat lalu.

Saya juga menyambut baik kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata pihak polis akan menghentikan tangkapan dan siasatan terhadap pegawai SPRM kerana tidak mahu timbul persepsi bahawa ia mengganggu sebarang siasatan.

logo SPRMKita perlu ingat bahawa SPRM tidak boleh diganggu, dihalang, disekat atau ditakut-takutkan dari melaksana tugas, seiring Seksyen 48 Akta SPRM.

Saya menggesa agar pihak SPRM kini meneruskan siasatan terhadap 1MDB, anak-anak syarikatnya serta mana-mana individu yang berkaitan, dan juga bagaimana sejumlah wang yang banyak didakwa masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak.

Rakyat Malaysia menantikan kebenaran.

* Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Ketua Pembangkang dan Presiden KEADILAN

Leave a Reply

Your email address will not be published.