Categories
SELANGOR

MB: DEIG ditubuh tingkat keuntungan kurangkan risiko pelaburan

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 18 OGOS: Penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) untuk meningkatkan hasil keuntungan dan mengurangkan risiko pelaburan selain masih tertakluk di bawah enakmen Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), berkata dalam amalan dilakukan sebelum ini, ia mendatangkan risiko langsung kepada Kerajaan Negeri jika diletakkan di bawah MBI.

Katanya, DEIG merupakan syarikat induk ekonomi yang bertanggungjawab mengendalikan urusan pelaburan di bawah milikan penuh Pemerbadanan Menteri Besar (MBI).

Pelancaran Darul Ehsan Investment Group di SACC MB (ASRI)“MBI yang mempunyai aset bernilai RM6.3 bilion mempunyai 12 anak syarikat di bawahnya dan DEIG tidak bertindak sebagai pesaing mereka.

“Dari struktur modal, DEIG tidak ada buat peminjaman modal, tiada aset dan anak syarikat yang dikendalikan yang mula beroperasi pada suku pertama 2016,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS).

Persoalan mengenai penubuhan DEIG menimbulkan kekeliruan di peringkat Adun dalam persidangan DNS kali ini.

Antara membangkitkan pertanyaan adalah Yeoh Bee Yin (DAP- Damansara Utama), Lau Weng San (DAP-Bukit Tunku), Ng Suee Lim (DAP-Skinchan), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (BEBAS-Pelabuhan Klang) dan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang).

Mereka turut melahirkan kebimbangan bahawa DEIG tidak boleh diaudit serta tidak dimaklumkan mengenai perkembangannya di dalam DNS.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.