Categories
SELANGOR

MPSJ cadang jual tiga lot tanah di The Mines

Oleh: AFIX REDZUAN

SUBANG JAYA, 27 OGOS: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bercadang menjual tiga lot tanah seluas 0.9 ekar di The Mines, Seri Kembangan.

Yang Dipertua (YDP) MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, berkata cadangan penjualan itu dibuat bagi membolehkan pembelian aset lain untuk milikan mereka.

INTERVIEW Khas YDP MPSJ (1)“Kita bercadang menjual tanah berkenaan bagi membolehkan pembelian rumah baru untuk YDP tetapi bukan untuk saya.

“Pembelian itu bukan rumah baru tetapi yang lama dan akan dibaik pulih memandangkan harganya lebih murah supaya YDP akan datang ada kediaman rasmi kerana yang dahulu sudah dijual, sejak 15 tahun lalu,” katanya.

Katanya, MPSJ turut berhasrat membeli dua unit rumah rehat di Langkawi melalui hasil jualan tanah berkenaan yang dianggarkan hampir RM6 juta bagi memberi faedah kepada kakitangannya.

Setakat ini, MPSJ mempunyai dua rumah rehat di Cameron Highlands dan Port Dickson.

-NFN-

Leave a Reply

Your email address will not be published.