Categories
NASIONAL

Azmin: PAS perlu kekal dalam Pakatan 2.0

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 8 SEP: PKR kekal menyokong kemasukan PAS dalam gabungan pembangkang yang baru.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, sokongan itu dibuat secara kolektif bersama pimpinan tertinggi lain.

PAKATAN RAKYATKatanya, perbincangan bukan sahaja dibuat dengan Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tetapi juga Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“PKR adalah sebuah parti inklusif dan sedia terima mana-mana pihak yang terikat dengan pendirian dan dasar reformasi secara total.

“Sebagai parti yang diberi mandat oleh rakyat, kita tawaduk dan menerima pandangan pelbagai pihak bagi mencapai matlamat menyelamatkan dan memulihkan negara,” katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Pendaftaran RUmah Selangorku Idaman PKNS di Kota Puteri di sini, hari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP menolak PAS menyertai gabungan baru itu ekoran PAS merancang mahu meletakkan calon di kerusi yang ditandingi DAP.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Dato’ Menteri Besar menganggap itu sebagai pandangan peribadi Guan Eng.

“Itu pandangan Lim Guan Eng. Terpulang kepada DAP. Yang saya nyatakan baru-baru ini, bukan kenyataan dan pendirian saya.

“Tetapi itu pendirian PKR. Ini bukan pendirian saya atau Wan Azizah,” tegasnya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.