Categories
SELANGOR

Jerebu: Tiga kawasan Selangor catat IPU tidak sihat

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 SEP: Tiga kawasan di Selangor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berwarna kuning iaitu kategori tidak sihat hari ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), setakat jam 12 tengah hari tadi, Banting mencatatkan bacaan 130, Pelabuhan Klang (106) dan Shah Alam (110).

IPU SelangorDua kawasan lain, Kuala Selangor dan Petaling Jaya mencatatkan bacaan sederhana iaitu masing-masing 78 dan 100.

Sementara itu, bacaan IPU tertinggi dikesan di Bukit Rambai Melaka dengan 148 diikuti Bandaraya Melaka (137).

Turut terjejas dua kawasan di Negeri Sembilan, Port Dickson (144) dan Seremban (117) selain Pahang di Balok Baru (133) dan Indera Mahkota (103).

Pada masa sama, empat kawasan di Johor terus mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Kota Tinggi (101), Larkin Lama (114), Muar (118) dan Pasir Gudang (125).

Keadaan itu menyebabkan kesemua sekolah di negeri Darul Takzim itu ditutup pada hari ini.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.