Categories
NASIONAL

Najib letak jawatan penawar pemulihan Ringgit

Oleh: LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 SEP: Tiada cara lain untuk memulihkan kembali nilai ringgit yang semakin menjunam selain daripada Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen berkata kelumpuhan ringgit disebabkan ketidakstabilan politik, maka penawarnya juga adalah jalan politik.

Katanya, jalan terbaik juga adalah menyerahkan jawatan itu kepada pemimpin lebih berkelayakan dan berkaliber.

Najib-RM“Nilai ringgit yang teruk bukan disebabkan unsur ekonomi, tetapi hal politik. Jika Najib letak jawatan ringgit akan pulih.

“Lagi satu adalah memastikan isu 1Malaysia Develoment Berhad (1MDB) diselesaikan secepat mungkin dengan mereka yang bersalah dihukum mengikut undang-undang.

“Dengan langkah-langkah ini, barulah ekonomi negara dapat mengembalikan keyakinan pelabur,” katanya kepada Selangor Kini.

Beliau diminta mengulas laporan agensi berita Bloomberg berhubung jangkaan pelabur bahawa Malaysia antara enam negara layak diturunkan kepada status sampah (junk status) sama seperti Brazil.

Terdahulu, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz turut mendesak kerajaan Persekutuan bertindak menangani persepsi buruk diterima Malaysia.

Mengulas lanjut, Wong Chen berkata jika Najib masih berdegil keadaan akan bertambah buruk dalam jangka masa tiga bulan akan datang.

“Apa sahaja barang import dibuat untuk stok enam bulan, katakan bulan Mac sudah import, sekarang kena import lagi.

“Tetapi ianya terpaksa dilakukan dengan kadar mata wang yang lebih tinggi. Ini akan menyebabkan inflasi,” katanya.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.