Categories
NASIONAL

PKR: Tangguh bincang TPPA, Obama patut batal jumpa Najib

Oleh: AFIX REDZUAN

PETALING JAYA, 30 SEP: Amerika Syarikat patut menggantung rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasific (TPP) dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memandangkan beliau terpalit dalam skandal kewangan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Najib digambarkan sedang disiasat Jabatan Keadilan Amerika Syarikat menurut laporan akhbar The New York Times pada 21 September lalu.

Wan AzizahPerkembangan itu memberikan kesan kepada kebebasan dan imej Malaysia di mata dunia selain menyumbang kepada sentimen buruk pelabur.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara ini apabila seorang Perdana Menteri disiasat oleh sebuah negara asing atas tuduhan jenayah.

“Siasatan terhadap Najib merumitkan hubungan diplomatik kedua-dua negara dikala berlangsungnya rundingan TPP yang sudah mengundang pelbagai kontroversi.

“Pelbagai skandal dan tuduhan terhadap Najib kebelakangan ini juga menjatuhkan lagi kreadibiliti beliau sebagai seorang pemimpin yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Amerika Syarikat,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini.

Mereka turut mengingatkan Najib supaya tidak menjadikan tekanan penyiasatan Amerika Syarikat sebagai alasan untuk menandatangani perjanjian TPP yang membelakangkan kepentingan dan kedaulatan negara.

tppaDalam perkembangan sama, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama disaran membatalkan perjumpaan bersama Najib yang dijadualkan November ini sehinggalah siasatan selesai.

Keadaan itu bagi mengelakkan persepsi buruk kepada kedua-dua pihak.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.